Doa Masuk Dan Keluar Tandas

By mukmin

Sebagai umat Islam, terdapat doa-doa dan adab-adab yang diajarkan dalam Islam untuk pelbagai aktiviti termasuk ketika masuk dan keluar dari tandas. Doa-doa ini bertujuan untuk menjaga kebersihan, mendapatkan perlindungan dari syaitan, serta mengucapkan rasa syukur kepada Allah atas kemampuan untuk menjalani kehidupan sehari-hari.

Dalam artikel ini, kami ingin berkongsi panduan mengenai doa ketika masuk dan keluar dari tandas, disertakan dengan terjemahan dalam tulisan rumi. Selain itu, kami juga akan membincangkan adab yang perlu diikuti ketika menggunakan kemudahan tandas. Mari kita lihat dengan lebih terperinci.

Doa Masuk Dan Keluar Tandas

Berikut adalah doa masuk dan keluar tandas dalam arab, rumi serta maksudnya.

1. Doa Masuk Tandas

بِسْم الله اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

  • Bacaan Rumi : Bismillah, Allahumma inni a’udzubika minal khubutsi wal khabaa’its.
  • Maksudnya : Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina

2. Doa Keluar Tandas

غُفْرَانَكَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي

  • Bacaan Rumi :  Ghufranaka. Alhamdulillahilladzi adzhaba ‘anniil adzaa wa’aafaanii.
  • Maksudnya : Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku

Adab Masuk Dan Keluar Tandas

Sebelum masuk dan keluar tandas, penting bagi kita untuk memahami beberapa adab yang perlu diikuti seperti:

1. Adab masuk tandas

  • Membaca doa masuk tandas.
  • Masuk tandas dengan menggunakan kaki kiri.
  • Tutup kepala semasa menggunakan tandas
  • Memakai alas kaki

2. Adab Keluar Tandas

  • Keluar dengan kaki kanan
  • Membaca doa keluar tandas
  • Menjaga kebersihan selepas menggunakan tandas

Semoga maklumat tentang doa masuk dan keluar tandas ini memberikan manfaat kepada semua dan dapat diamalkan.

Leave a Comment