Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia menyambut Maulid Nabi juga dikenali sebagai Maulidur Rasul pada tarikh 12 Rabi’ul Awal. Sambutan ini diadakan sebagai bentuk peringatan, ungkapan syukur, dan memperingati terhadap sirah (sejarah hidup) serta pengorbanan Nabi Muhammad SAW dari saat kelahirannya hingga wafatnya.
Maulid Nabi memberikan peluang kepada umat Islam mengenang kembali perjalanan hidup baginda, mensyukuri ajaran-ajaran yang diberikan, dan menghormati pengorbanan yang telah diberikan kepada umat islam.
Pengenalan Maulidur Rasul
Maulidur Rasul merujuk kepada hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, yang merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT dalam agama Islam.
Jadi, sambutan Maulidur Rasul merupakan acara yang diadakan oleh umat Islam untuk mengenang hari kelahiran Rasulullah SAW.
Teks Selawat Nabi
Di bawah ini kami kongsikan teks selawat nabi yang mudah untuk anda fahami.
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد – Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد – Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ – Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ – Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ – Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ – Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا – Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ – Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا – Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ – Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ – Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ – Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي – Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ – Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد – Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ – Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ – Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ – Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد – Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ – Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد – Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ – Kunjungi kami pada hari akhirat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى – Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ – Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا – Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ – Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد – Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ – Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد – Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ – Empunya wajah berseri menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد – Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد – Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – Selawat salam dipohon lagi
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ – Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya