Solat Sunat Tahiyatul Masjid adalah salah satu solat sunat yang dianjurkan dalam Islam. Ia adalah solat sunat yang dilakukan ketika seseorang memasuki masjid untuk menunaikan solat fardhu atau untuk tujuan lainnya. Tahiyatul Masjid bermaksud “solat penyambutan masjid”. Solat Sunat Tahiyatul Masjid bukanlah wajib, tetapi dianjurkan dan sangat ditekankan dalam Islam. Rasulullah SAW menyebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah al-Anshari:
“Jika salah seorang di antara kalian memasuki masjid, janganlah ia duduk sebelum dia mengerjakan dua rakaat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)“
Dari hadis ini, kita dapat memahami bahawa ketika memasuki masjid, disyorkan untuk melaksanakan dua rakaat solat sunat sebelum duduk atau melakukan perkara lain. Solat Sunat Tahiyatul Masjid boleh dilakukan pada bila-bila masa selama masjid itu dibuka dan tidak terdapat larangan solat. Oleh itu, apabila memasuki masjid, seseorang disarankan untuk melaksanakan solat sunat ini.
SEBELUM HENDAK MEMASUKI MASJID JUGA BACALAH DOA MASUK MASJID BERIKUT.
Waktu mendirikan solat sunat tahiyatul masjid
Tidak ada batasan waktu , boleh mengerjakannya pada bila-bila saja sebaik memasuki masjid, iaitu sebelum kita duduk.
Lafaz niat solat sunat tahiyatul masjid
Ussoli sunatan tahiyatul masjid rak’ataini lillahi ta’ala
Maksudnya : “Sahaja aku solat sunat tahiyatul masjid dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Rakaat Pertama
Pada kebiasaanya solat sunat terus dibaca surah Al-Fatihah tanpa doa iftitah terlebih dahulu. Setelah itu, baca surah Al-Kafirun.
Rakaat Kedua
Dalam rakaat kedua selepas membaca surah Al-Fatihah, baca pula surah Al-Ikhlas.