Teks Selawat Maulidur Rasul

By mukmin

Maulidur Rasul ialah hari memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut setiap tahun di Malaysia dan seluruh dunia.

Hari ini biasanya disambut dengan pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah agama, bacaan selawat, dan perarakan. Umat Islam turut berkumpul beramai-ramai untuk mengalunkan selawat Maulidur Rasul.

Teks Selawat Nabi Sempena Maulidur Rasul

Berikut selawat yang biasa dibaca semasa Maulidur Rasul.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Sollallahu ‘ala muhammad

Selawat Allah ke atas Muhammad

‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu ‘alahi wasallam

Selawat salam dipohon lagi

‎صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Sollallahu ‘ala muhammad
Selawat Allah ke atas Muhammad

‎صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Sollallahu ‘alahi wasallam
Selawat salam dipohon lagi

‎يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Ya Nabi salamun ‘alaika
Wahai Nabi salam atasmu

‎يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Ya Rasul salamun ‘alaika
Wahai Rasul, salam atasmu

‎يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Ya habibu salamun ‘alaika
Wahai kekasih, salam atasmu

‎صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Solawa tullah ‘alaika
Selawat Allah ke atasmu

‎أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Ashro qol badru ‘alaina
Bulan purnama menyinari kita

‎فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Fakh tafat minhul buduru
Hilang segala cahaya

‎مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Misla husnika maa roainaa
Indah menawan tak pernah dilihat

‎قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Qotthu ya wajhas-sururi
Wajah gembira sepanjang hayat

‎أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Anta syamsun anta badru
Kaulah matahari, kaulah bulan

‎أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Anta nuurun fauqa nuuri
Kaulah cahaya mengatasi cahaya

‎أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Anta iksiirun wargholii
Kaulah rahsia hidup mulia

‎أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Anta misbaahus-suduuri
Kaulah menyuluhi jiwa

‎يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Ya Habibi Ya Muhammad
Wahai kekasihku, ya Muhammad

‎يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Ya ‘Arusal khofi qoini
Wahai pendamping indah sejagat

‎يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Ya Muayyadu ya mumajjad
Wahai Nabi dijulang dipuja

‎يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Ya imamal Qiblataini
Wahai imam 2 kiblat

‎مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Man ra’A wajhaka yas’ad
Bahagialah orang memandang wajahmu

‎يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Ya Karimal walidaini
Wahai penghulu keturunan mulia

‎حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Haudukas sofil mubarrad
Kolam airmu sejuk jernih

‎وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Wirdunaa yauman nusyurii
Kunjungi kami pada hari akhirat

‎عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
 Alimussirri wa ahfaa
Allah mengetahui rahsia sulit

‎مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Mustajibud da ‘awati
Dialah menyahut semua seruan

‎رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Robbi irhamna jamii’a
Wahai Tuhan Rahmatilah kami

‎بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Bijami’is solihati
Dengan segala amalan soleh

‎وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Wasolatullah ‘ala ahmad
Selawat Allah ke atas Muhammad

‎عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Adda tahriris suthuri
Sebanyak baris kertas ditulis

‎أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmadul hadii Muhammad
Ahmad Muhammad petunjuk jalan

‎صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Sohibul wajhil muniri
Empunya wajah berseri menawan.

Selawat maulidur rasul
Selawat maulidur rasul

Leave a Comment