Surah Az-Zalzalah

By mukmin

Surah Al-Zalzalah merupakan surah ke-99 dalam Al-Quran yang terdiri daripada 8 ayat dan tergolong dalam surah Madaniyah. Ia diturunkan selepas Surah An-Nisaa’. Nama “Az-Zalzalah” diambil daripada perkataan “Zilzaal” yang bermaksud “goncangan”, yang terdapat pada ayat pertama surah ini.

Bacaan Surah Az-Zalzalah

surah az-zalzalah

Rumi :

  1. Iza zulzilatil ardu zilzalaha
  2. Wa akhrojatil ardu athsqolaha
  3. Wa qolal insanu ma laha
  4. Yaumaizin tuhaddisu akhbaroha
  5. Bianna robbaka auha laha
  6. Yaumaizin yasdurunnasu asytatan liyurau ‘amalahum
  7. Faman ya’mal misqola zarroti khoiran yaroh
  8. Wa man ya’mal misqola zarrrotin syarro yaroh

Maksudnya :

  1. إِذَا زُلْزِلَتِ الأرْضُ زِلْزَالَهَا – Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya,
  2. وَأَخْرَجَتِ الأرْضُ أَثْقَالَهَا – Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya,
  3. وَقَالَ الإنْسَانُ مَا لَهَا – Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); “Apa yang sudah terjadi kepada bumi?”
  4. يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا – Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:
  5. بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا – Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian).
  6. يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ – Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) – untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka.
  7. فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ – Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
  8. وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ – Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Semoga perkongsian ini memudahkan anda dalam membaca dan memahami maksud surah ini.



Leave a Comment