Membaca doa pembuka majlis sudah menjadi kebiasaan dalam setiap majlis yang kita adakan. Tujuannya adalah untuk memohon keberkatan dan kelancaran agar majlis dapat berjalan dengan baik.
Berikut adalah beberapa koleksi doa untuk majlisย yang boleh digunakan.
1. Doa Pembuka Majlis 1
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu.
Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami,
Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami.
Ya Allah, Ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan, kurniakanlah taufik dan hidayahMu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjukMu yang berterusan. Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifatsifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan. Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami
2. Doa Pembuka Majlis 2
ุจูุณูู ู ุงูููู ุงูุฑููุญูู ููู ุงูุฑููุญูููู ู
ุงูููุญูู ูุฏู ููููููู ุฑูุจูู ุงููุนูุงููู ููููู
ููุงูุตูููุงูุฉ ูููุงูุณูููุงูู ู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู ูุญูู ููุฏู ููุนูููู ุขูููู ููุฃูุตูุญูุงุจููู ุฃูุฌูู ูุนููููู
Ya Karim , Ya Wadud
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaan-Mu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur sama ada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Engkau berkatilah dan rahmatilah perjalanan Majlis _______________________________________ pada hari ini. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmu-Mu yang sangat luas bagi mengembangkan ilmu pengetahuan kami sebagai hamba-Mu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah jua kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.
ุฑูุจููููุง ุกูุงุชูููุง ููู ุงูุฏููููููุง ุญูุณูููุฉ ู ููููู ุงูุฃุฎูุฑูุฉู ุญูุณูููุฉ ูููููููุง ุนูุฐูุงุจู ุงููููุงุฑ ู
ููุตููููู ุงูููู ุนูููู ู ูุญูู ููุฏู ููุนูููู ุกูุงูููู ููุตูุญูุจููู ููุณููููู ู ุ ููุงููุญูู ูุฏูููููููู ุฑูุจูู ุงูุนูุงููู ููููู