Kaabah : Fakta Menarik

By mukmin

Kaabah ialah sebuah bangunan suci berbentuk kubus yang terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Mekah. Ia merupakan tempat paling mulia dan menjadi arah kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia ketika menunaikan solat. Kaabah juga menjadi tumpuan utama bagi jemaah haji dan umrah

Fakta Menarik Tentang Kaabah

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Kaabah:

1. Kaabah adalah bangunan paling suci dalam Islam โ€” Ia terletak di tengah-tengah Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi, dan menjadi arah kiblat umat Islam di seluruh dunia ketika menunaikan solat.

2. Bentuk Kaabah – Ketika nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail membina Kaabah, asas bagi binaannya adalah berbentuk D iaitu ada di satu sisi yang berbentuk melengkung akan tetapi pada zaman Quraisy, mereka membina semula Kaabah tetapi telah kehabisan dana dan tidak sempat untuk menyiapkannya. Oleh itu, Kaabah yang sekarang berbentuk peta persegi dan lebih kecil daripada Kaabah terdahulu.

3. Dibina semula beberapa kali – Kaabah pernah mengalami kerosakkan akibat faktor bencana alam dan faktor usia binaan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Kaabah pernah dibaiki semula sebanyak 12 kali dan yang terakhir kali Kaabah dibaiki semula sekitar tahun 1996 dengan menggunakan teknologi masa kini.

4. Warna kiswah – Kaabah ditutup dengan kain hitam yang dipanggil Kiswah, yang diganti setiap tahun semasa musim haji. Kiswah dihiasi dengan sulaman ayat-ayat Al-Quran menggunakan benang emas dan perak.

5. Pembersihan Kaabah 2 kali setahun – Bagi pembersihan Kaabah akan dijalankan pada bulan syaaban dan zulkaedah pada setiap tahun. Ketika aktiviti pembersihan dijalankan, gabenor Mekah akan menjemput beberapa orang kenamaan untuk ikut serta dalam aktiviti pembersihan.

6. Pintu Kaabah pernah dibuka untuk semua – Pada zaman dahulu, pintu Kaabah dibuka untuk semua jemaah yang datang agar dapat berdoa didalam Kaabah namun semakin hari semakin banyak jemaah yang datang sehingga tidak dapat menampung kesemuanya. Oleh itu, pintu Kaabah telah ditutup dan akan dibuka untuk jemaah tertentu sahaja.


    Leave a Comment