Doa Ringkas Selepas Solat

By mukmin

Doa ialah satu cara seorang hamba merendahkan diri dan memohon kepada Allah S.W.T. Doa boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, sama ada dalam keadaan senang mahupun susah. Ia boleh dilakukan dalam hati atau dilafazkan, sama ada secara individu mahupun secara berjemaah.

Dalam Islam, doa dianggap sebagai senjata orang beriman dan cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Sebagai umat Islam, antara amalan penting yang perlu dilakukan ialah sentiasa berdoa selepas menunaikan solat.

Kelebihan Berdoa

Berikut adalah beberapa kelebihan berdoa:

  1. Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
  2. Memberi ketenangan jiwa dan hati.
  3. Meningkatkan keimanan dan rasa tawakal.
  4. Menjadi sebab dikabulkan hajat dan permintaan.
  5. Menghapuskan dosa dan mendapat keampunan.
  6. Memohon petunjuk dan hidayah
  7. Menunjukkan rasa syukur kepada Allah.
  8. Membantu menghadapi ujian dan kesusahan hidup.
  9. Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah.
  10. Menjadikan hubungan antara hamba dan Allah lebih erat.

Contoh Doa Selepas Solat

Berikut adalah beberapa contoh doa selepas solat yang boleh anda gunakan:

Doa Pertama

Doa selepas solat
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil โ€˜alamin, wassolatu wassalaamu โ€˜alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, waโ€™alaa aalihi wasohbihi ajmaโ€™in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata maโ€™al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim โ€˜alaina bi suuโ€™il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana baโ€™daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa โ€˜azaabannar, wasollallahu โ€˜ala sayyidina muhammadin waโ€™ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil โ€˜alamiin.

Maksudnya :

โ€œDengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.โ€

โ€œYa Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.โ€

โ€œYa Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.โ€

โ€œWahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.โ€

Doa Kedua

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil โ€˜alamin, wassolatu wassalam โ€˜ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa โ€˜ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain.
Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan baโ€™dal maut.
Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab.
Rabbana laa tuzig kulubana baโ€™ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.
Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata maโ€™al imaan.
Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro.
Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah.
Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-a-khiroti hasanatan wakina azab-bannar.
Wassalallhu โ€˜ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin.

Maksudnya :

โ€œDengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.โ€

โ€œYa Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.โ€

โ€œYa Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.โ€

โ€œYa Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.โ€

โ€œYa Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.โ€

Doa Ketiga

Doa Selepas Solat
Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil โ€˜alamin, wassolatu wassalaamu โ€˜alaa asyrofil anbiyaa iwalmursalin sayyidina muhammadin waโ€™alaa aalihi wasohbihi ajmaโ€™in.
Allahumma taqobbalminnaa solaatana wadhuโ€™aa ana innaka antassamiโ€™ul โ€˜alim, watub โ€˜alainaa innaka antattawwaburrohim.
Allahummaj โ€˜aldinanaa diinannabiyyi muhammadin sollallahu โ€˜alaihi wasallam, wa islaamana islaamal muslimiin, wa iimananaa iimanal muโ€™minin, wasolaatana solaatal khoosyiโ€™in.
Wa aโ€™maalana aโ€™maalassolihin, waniyyaa tana niyyatal mukhlisin, wazunuubana ya Allahu zunuubal mustaghfirin.
Wahayaatana hayaatal โ€˜ulamaโ€™, wamautana bimautissyuhada, wa adkhilnal jannata maโ€™al anbiyaaโ€™i โ€˜alaihimusoolatu wassalam.
Robbona aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina โ€˜azaabannar, wasollallahu โ€˜ala khoiri khoqihi sayyidina muhammadin waโ€™ala aalihi wasohbihi wasallam, subhaana robbika robbil โ€˜izzati โ€˜amma yasifun, wasalaamun โ€˜alal mursalin, walhamdulillahi robbil โ€˜alamin.

Maksudnya :

โ€œDengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam atas semulia-mulia para nabi dan rasul, junjungan kami Muhammad dan ats keluarga dan sahabat Baginda seluruhnya.โ€

โ€œYa Allah, ya Tuhan kami! Terimalah solat dan doa kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Berilah keampunan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.โ€

โ€œYa Allah, jadikanlah agama kami agama Nabi Muhammad. Keislaman kami, Islam yang sebenar-benarnya. Keimanan kami, iman yang sempurna. Solat kami, solat yang khusyuk. Amal kami, amal yang soleh. Niat kami, niat yang ikhlas. Jadikanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa yang terampun. Jadikanlah hidup dan kehidupan kami, hidup dan kehidupan para ulama. Mati kami dengan mati syahid.โ€

โ€œYa Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga bersama dengan para Nabi. Ya Tuhan kami, kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah kami daripada seksaan neraka. Semoga Allah mencurahkan kesejahteraan ke atas sebaik-baik makhluknya, junjungan kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabatnya. Maha suci Tuhan yang Maha Mulia daripada sebarang kekurangan. Salam sejahtera ke atas para rasul dan segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam.โ€



Leave a Comment