Jika ketiadaan air atau seseorang berada dalam situasi yang menghalang penggunaan air, Islam memberi kelonggaran untuk bertayammum.
Tayamum ialah perbuatan menyapu debu tanah yang suci dan menyucikan ke wajah dan kedua-dua tangan hingga ke siku, dengan memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan. Tayamum ialah kaedah bersuci sebagai ganti kepada wuduk atau mandi.
Bahan Tayammum
Mengikut Mazhab Syafie, bahan yang dibolehkan untuk tayamum ialah tanah yang berdebu yang suci daripada najis dan belum pernah digunakan (tidak musta’mal).
Tanah musta’mal merujuk kepada tanah yang telah melekat pada anggota tayamum, seperti muka atau tangan, semasa tayamum dilakukan, atau tanah yang bertebaran selepas disapu pada anggota tayamum.
Tanah yang diperoleh daripada tempat yang ditepuk kali pertama tidak dianggap mustaโmal dan boleh digunakan seberapa banyak kali, walaupun dalam jumlah yang sedikit.
Syarat-Syarat Tayamum
- mengetahui waktu solat telah masuk
- Sudah berusaha mencari, tetapi tidak mendapat air
- Dengan debu yang bersih
- Berhalangan menggunakan air disebabkan sakit
- Menghilangkan najis terlebih dahulu
Rukun Tayamum
Ada empat rukun dalam tayammum, iaitu:
- Niat : ููููููุชู ุงูุชููููู
ููู
ู ููุงุณูุชูุจูุงุญูุฉู ููุฑูุถู ุงูุตููููุงุฉู ููููููู ุชูุนูุงููู
- Maksudnya:ย “Sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat kerana Allah Taala.”
- Menyapu debu tanah yang suci ke seluruh muka
- Menyapu debu tanah yang suci pada kedua-dua belah tangan hingga ke siku
- Tertib
Panduan Tayamum
Berikut adalah cara-cara untuk melakukan tayammum:
- Tekapkan kedua-dua tapak tangan ke debu tanah yang suci.
- Sambil berniat, sapukan debu yang suci ke muka.
- Membuang debu yang telah digunakan.
- Ulang tekap kedua-dua tapak tangan pada debu tanah yang suci dan nipiskannya untuk menyapu kedua tangan.
- Ambil debu yang suci, sapukan pada tapak tangan kiri ke bahagian bawah tapak tangan kanan hingga ke siku.
- Ulang menyapukan debu yang suci pada tapak tangan kanan ke bahagian bawah tapak tangan kiri hingga selesai.
Tayamum hanya boleh dilakukan jika air tidak ada atau ada masalah untuk menggunakannya, seperti kerana sakit atau keadaan yang membahayakan.