Solat adalah ibadah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada setiap umat Islam sebagai tanda pengabdian dan ketaatan kepada-Nya. Dalam sudut bahasa solat membawa maksud doa.
Dari sudut syarak, solat merujuk kepada bacaan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam. Banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW yang menjelaskan tentang pensyariatan solat.
Antara dalil yang terdapat dalam al-Quran melalui firman Allah SWT ialah :
Surah An’Nisa, ayat 103:4 |
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًۭا مَّوْقُوتًۭا ١٠٣ Maksudnya : “Sesungguhnya solat itu ialah ketetapan yang diwajibkan kepada orang-orang beriman, yang tertentu waktunya.” |
Surah Al-Baqarah , ayat 43 |
وَأَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُوا۟ ٱلزَّكَوٰةَ وَٱرْكَعُوا۟ مَعَ ٱلرَّٰكِعِينَ ٤٣ Maksudnya : “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.“ |
Hadis yang menjelaskan tentang pensyariatan solat pula termasuklah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar RA, di mana Rasulullah SAW bersabda:
بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللهَ وَأَنَّ مُحَمَّداً رَسُولٌ اللهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَومِ رَمَضَانَ |
Maksudnya: Islam telah terbina atas lima perkara, penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan. (HR ” Bukhari Muslim) |
Hadis ini secara terang menerangkan bahawa Islam berdiri atas lima perkara utama. Lima perkara tersebut merujuk kepada rukun Islam yang wajib diamalkan oleh setiap Muslim. Imam al-Nawawi dalam Sharah Sahih Muslim menjelaskan bahawa “hadis ini adalah asas penting dalam memahami agama, kerana ia mengandungi lima perkara utama yang menjadi rukun Islam.” Lima rukun ini diumpamakan sebagai tiang-tiang utama yang menyokong agama Islam secara keseluruhan.
Kefarduan Solat
- Solat ialah perkataan dan perbuatan tertentu dimulai dengan takbirratul ihram dan diakhiri dengan salam. Setiap orang islam yang cukup syaratnya, wajib menunaikan solat.
Kepentingan Menunaikan Solat Lima Waktu
- Bukti keimanan kepada Allah SWT.
- Mendapat pahala dan menguatkan iman.
- Membentuk akhlak mulia.
- Menghapuskan dosa.
- memperoleh ketenangan.
- Mendisiplinkan diri.
Baca sini untuk artikel lain :