Solat sunat sebelum waktu subuh dikenali sebagai solat qabliyah subuh atau solat sunat fajar, yang terdiri daripada dua rakaat. Solat ini dinamakan sebagai Nafl kerana merupakan ibadah tambahan yang dilakukan sebelum fardhu subuh.
Dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan mengenai niat dan cara menunaikan solat sunat sebelum subuh yang boleh anda jadikan sebagai panduan.
Niat Dan Cara Mengerjakannya
Lafaz niat solat sunat sebelum subuh
Rumi : Usolli Sunnatas-Subhi Rak’ataini Lillahi Taala
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat subuh dua rakaat kerana Allah Taala
Cara mengerjakan solat sunat sebelum subuh
1. Rakaat Pertama
- Berdiri dengan betul, tegak, dan menghadap arah kiblat
- Solat dimulakan dengan takbiratul ihram (Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat sunat subuh dalam hati.)
- Baca doa iftitah
- Membaca surah Al-Fatihah
- Kemudian, pilih mana-mana surah pendek/pilihan dalam Al-Quran.
- Rukuk dan bangun iktidal
- Teruskan dengan sujud
- Duduk diantara dua sujud
- Setelah itu, lakukan sujud kedua
2. Rakaat Kedua
- Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat
- Membaca surah Al-Fatihah
- Baca surah-surah pilihan
- Rukuk dan bangun iktidal
- Teruskan dengan sujud
- Duduk diantara dua sujud
- Setelah itu, lakukan sujud kedua
- Terus lakukan tahiyat akhir
- Memberi salam