Solat Sunat Tahajjud

By mukmin

Pernahkah anda tiba-tiba terjaga pada waktu malam? Jika ya, mungkin itu adalah petunjuk terbaik untuk melaksanakan solat sunat Tahajjud dan berdoa kepada Allah SWT.

Seperti yang anda tahu, amalan sunat sering digalakkan bagi orang Islam. Salah satu amalan mulia yang boleh dilakukan adalah solat tahajjud. Amalan solat sunat malam ini adalah sangat mudah dilaksanakan, tetapi masih banyak orang yang tidak tahu cara yang betul melaksanakannya.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara mudah untuk mengerjakan solat sunat tahajjud yang boleh anda jadikan panduan.

Apa Itu Solat Sunat Tahajjud

Tahajjud ialah solat sunat yang boleh didirikan apabila kita terjaga daripada tidur malam. Ia boleh dilaksanakan walaupun tidurnya hanya sebentar, tetapi perlu tidur terlebih dahulu sebelum boleh menjalankan solat sunat Tahajjud.

Solat sunat tahajjud digalakkan untuk didirikan setiap malam. Ia seharusnya menjadi amalan yang biasa bagi setiap muslim dalam usaha untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah SWT.

Bilangan Rakaat

Solat sunat Tahajjud boleh didirikan dengan sekurang-kurangnya dua rakaat dan diakhiri dengan satu kali salam. Sebenarnya, dalam solat sunat Tahajjud tidak ada had rakaat yang tertentu. Namun, yang terbaik adalah menjalankannya dengan 11 rakaat seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.

Niat Solat Tahajjud

Niat Solat

solat sunat tahajjud
Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala 

Maksudnya : “ Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala”

Cara Solat Sunat Tahajjud

Rakaat Pertama

1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati

2. Membaca doa iftitah

3. Baca Surah Al-Fatihah

Solat sunat tahajjud

4. Baca Surah al-Kafirun

solat sunat tahajjud

5. Rukuk dan Iktidal

6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

1. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

2. Baca Surah Al-Fatihah

3. Membaca surat Al-Ikhlas

solat sunat tahajjud

4. Rukuk dan Iktidal

5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

6. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

7. Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam

Kelebihan Solat Tahajjud

Antara kelebihan solat tahajjud adalah seperti berikut:

  • Penghapus dosa dan penyakit
  • Menjadi penolong di akhirat
  • Dipermudahkan segala urusan duniawi dan ukhrawi
  • Dapat menenangkan hati
  • Darjat diangkat oleh Allah SWT

Leave a Comment