Solat Orang Yang Bermusafir ( Solat Qasar Dan Jamak)

By mukmin

Qasar dan Jamak: Dalam perjalanan yang dianggap musafir, seseorang diperbolehkan untuk melakukan qashar dan jamak.

Qashar artinya memendekkan empat rakaat menjadi dua rakaat untuk solat Zuhur, Asar, dan Isya’. Jamak artinya menggabungkan dua waktu solat dalam satu waktu. Contohnya, menjamak Zuhur dengan Asar dan Isyak’ dengan Maghrib.

Bagi orang Islam yang melakukan perjalanan jauh, dianggap sebagai musafir dan terdapat beberapa pengecualian dalam menjalankan ibadah solat . Disebabkan musafir , manusia kehilangan perasaan-perasaan tenang dan kerehatan. Oleh itu, Allah s.w.t telah memberikan kepada mereka dua bentuk keringanan dalam solat seperti berikut:

  1. Memendekkan bilanagn rakaat yang dinamakan qasar.
  2. Menghimpunkan 2 solat tunai antara satu sama lain dalam 1 waktu dinamakan jamak.
  3. Perjalanan yang membolehkan solat jamak dan qasar disyaratkan.
  4. jarak jauh perjalanan hendaklah sampai 2 marhalah antara (89KM atau lebih)

SOLAT QASAR

Ia adalah bagi orang yang dalam perjalanan berpergian, dibolehkan meringkaskan solat wajib (zuhur, Asar, Isyak) yang 4 rakaat menjadi 2 rakaat dengan syarat seperti berikut :

  1. jarak perjalanan sekurang-kurangnya dua hari perjalanan kaki atau dua marhalah (yang sama dengan 16 farsah) =138KM
  2. Solat itu telah masuk waktu ketika bermusafir dan hendaklah ditunaikan ketika musafir.
  3. Orang bermusafir tidak berniat untuk tinggal di tempat tujuannya selama tiga hari atau lebih, tidak termasuk hari sampai dan pulang.
  4. Berpergian bukan untuk maksiat.
  5. Solat yang boleh diqasar hanya solat yang 4 rakaat saja bukan qadak.
  6. Niat mengqasar pada waktu takbirratul ihram.
  7. Tidak makmum kepada orang yang bukan musafir.

SOLAT JAMAK

Solat Jamak bermaksud menghimpunkan dua solat tunai antara satu sama lain dalam satu waktu.

Solat Jamak terbahagi kepada 2 bahagian:

  1. Jamak Taqdim

Jamak Taqdim iaitu menunaikan solat kedua dalam waktu yang pertama.

Syarat-syarat Jamak Taqdim

  • Dikerjakan dengan tertib, yakni dengan solat yang pertama misalnya (Zuhur dahulu kemudian Asar) dan (Maghrib dahulu kemudian Isyak).
  • Niat jamak dilakukan pada solat pertama.
  • Dutunaikan secara berturut-turut iaitu solat yang kedua ditunaikan segera sebaik sahaja selesai daripada salam solat pertama tanpa dipisahkan oleh sesuatu pun sama ada zikir, solat sunat atau lain-lain.

2. Jamak Takhir

Jamak Takhir iaitu melewatkan solat pertama ke dalam waktu kedua.

Syarat-syarat Jamak Takhir

  • Berniat untuk melewatkan solat pertama ketika dalam waktunya dalam jarak masa yang boleh ditunaikan solat tersebut.
  • Orang yang bermusafir itu hendaklah terus berada dalam keadaan musafir sehingga kedua-dua solat selesai didirikan.

Musafir yang telah memenuhi syarat-syarat yang telah disebutkan di atas boleh mengerjakan solat jamak dan qasar sekaligus, iaitu mengumpulkan solat dan memendekkannya.

Lafaz Niat Solat Qasar dengan Jamak

JAMAK TAQDIM

Solat Zuhur Jamak Taqdim:

Maksudnya : “Sahaja aku solat fardhu Zohor , qasar dua rakaat jamak taqdim kerana Allah SWT.”

  • Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
  • Solat fardu zohor tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
  • Selesai sahaja salam, segera bangun berdiri untuk solat fardu Asar tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.

Solat Asar jamak Taqdim:

Maksudnya : “Sahaja aku solat fardhu Asar, Qasar dua rakaat jamak taqdim Kerana Allah Taala.”

  • Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
  • Kerjakan solat fardu Asar tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
  • Dengan demikian, kita tidak perlu lagi mengerjakan solat farhdu Asar di waktu Asar nanti.

Solat Jamak Taqdim Maghrib:

Maksudnya : ” Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat jamak taqdim kerana Allah Taala.

  • Sewaktu Takbiratul Ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
  • Kerjakan solat fardu Maghrib tersebut sebanyak tiga rakaat (tiada qasar untuk maghrib) dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
  • Selesai sahaja salam, teruslah bangun berdiri untuk solat fardu Isyak tanpa membaca wirid, doa atau solat sunat.

Solat Jamak Taqdim Isyak:

Maksudnya : : Sahaja aku solat fardhu isyak, qasar dua rakaat jamak taqdim kerana Allah Taala.

  • Sewaktu takbiratul ihram, niatkanlah di dalam hati sebagaimana maksud lafaz niat di atas.
  • Kerjakanlah solat fardu Isyak tersebut sebanyak dua rakaat dengan pembacaan surah al-Fatihah dan diikuti surah-surah lain.
  • Dengan demikian, kita tidak perlu mengerjakan solat fardu Isyak di waktu Isyak nanti.

JAMAK TAKHIR

Lafaz niat Solat Jamak Takhir

Solat Jamak Takhir Zohor:

Maksudnya : “Sahaja aku solat fardhu zohor ,qasar dua rakaat jamak takhir Kerana Allah Taala.

Solat Jamak Takhir Asar:

Solat Jamak Takhir Maghrib:

Solat Jamak Takhir Isyak:

Waktu Solat: Meskipun berstatus musafir, waktu solat tetap dihitung berdasarkan waktu setempat. Jadi, ketika waktu solat telah masuk, seseorang harus menjalankan solat sesuai dengan waktu tersebut.

Penting untuk dicatat bahwa meskipun ada keringanan dalam menjalankan solat saat berpergian, tetaplah menjalankan kewajiban solat sebaik mungkin. Jika memungkinkan, disarankan untuk melaksanakan solat berjamaah di masjid atau tempat yang disediakan untuk itu. Jika ada ketidakpastian atau kebingungan lebih lanjut tentang tata cara solat saat bermusafir, disarankan untuk meminta bimbingan dari seorang alim (ahli agama) yang kompeten atau mencari sumber yang tepercaya untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.

Leave a Comment