Solat Sunat Tahajjud :

By mukmin

Pernahkah anda terjaga secara tiba-tiba pada waktu malam? Jika ya, mungkin itu adalah petunjuk yang baik untuk menunaikan solat sunat Tahajjud dan berdoa kepada Allah SWT.

Sebagai umat Islam, kita menyedari bahawa selain dari ibadah wajib, terdapat banyak lagi amalan sunat yang dapat kita lakukan untuk meningkatkan amalan dan mendapatkan pahala tambahan. Salah satu amalan sunat yang sangat digalakkan adalah Solat Tahajjud.

Apa Itu Solat Tahajud

Solat Sunat Tahajjud merujuk kepada solat sunat yang dilaksanakan pada waktu malam setelah bangun dari tidur meskipun tidur itu hanya sebentar sahaja.

Solat sunat Tahajjud sangat digalakkan untuk dilaksanakan setiap malam. Ini kerana waktu yang paling mustajab untuk berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT adalah pada sepertiga malam. Oleh itu, ambillah kesempatan ini untuk bermunajat kepada Allah SWT melalui solat Tahajjud, berdoa, dan melakukan amalan taubat. Solat malam adalah peluang berharga yang diberikan kepada kita untuk mengeratkan hubungan dengan Allah, dan ia seharusnya menjadi rutin harian kita.

Bilangan Solat Sunat Tahajjud

Bilangan rakaat solat sunat tahajjud tidak ada had rakaat yang tertentu, tetapi dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat.

Niat Solat Sunat Tahajjud

Berikut lafaz niat solat sunat tahajjud.

solat sunat tahajjud
Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rakโ€™ataini Lilaahi Taโ€™alaย 

Maksudnya :ย โ€œ Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taalaโ€

Cara Mengerjakannya

Rakaat Pertama

1. Dimulakan dengan takbiratul ihram dengan menyebut lafaz Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati

2. Membaca doa iftitah

3. Baca Surah Al-Fatihah

Solat sunat tahajjud

4. Baca Surah al-Kafirun

solat sunat tahajjud

5. Rukuk dan Iktidal

6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

Rakaat Kedua

1. Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir intiqalat

2. Baca Surah Al-Fatihah

3. Membaca surat Al-Ikhlas

solat sunat tahajjud

4. Rukuk dan Iktidal

5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua

6. Bangun Dari Sujud, Terus Lakukan tahiyyat akhir 

7. Solat Diakhiri Dengan Memberi Salam

Kelebihan Solat Sunat Tahajjud

  • Doa dimakbulkan oleh Allah SWT
  • Dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT
  • Memperolehi ketenangan jiwa
  • Waktu mustajab untuk doa
  • Dapat menenangkan hati serta fikiran
  • Dimurahkan rezeki
  • Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat
  • Penghapus dosa dan penyakit

Mari kita bersama-sama menjadikan solat sunat Tahajjud sebagai amalan harian kita. Melaksanakan solat ini tidak hanya memberikan manfaat spiritual, tetapi juga memberi kesan positif dalam kehidupan seharian kita.


Leave a Comment