Panduan Solat Sunat Taubat

By mukmin

Solat Sunat Taubat bermaksud solat sunat yang dilakukan sebagai tanda penyesalan dan memohon keampunan daripada Allah atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Solat sunat taubat ini dilakukan sebagai tanda penyesalan dan kesungguhan seseorang dalam bertaubat, dengan niat untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, khilaf, dan dosa. Namun, langkah terbaik bagi mereka yang telah melakukan kesalahan dan dosa adalah segera bertaubat.

Solat Sunat Taubat, yang terdiri daripada dua rakaat, boleh dilaksanakan pada bila-bila masa kerana tiada waktu tertentu yang ditetapkan.

Syarat-Syarat Taubat

Anda perlu memahami beberapa syarat taubat. Antara syarat-syarat tersebut adalah:

  1. Niat Yang Ikhlas : Taubat harus dilakukan dengan niat yang tulusย ingin bertaubat.
  2. Menyesali Dosa : Seseorang perlu merasakan penyesalan yang mendalam atas dosa yang telah dilakukan.
  3. Berhenti Melakukan Dosa : Segera berhenti dari perbuatan dosa tersebut dan tidak mengulangi lagi.

Panduan Solat Sunat Taubat

Berikut adalah cara mudah untuk melakukan solat sunat taubat yang boleh anda ikuti.

Rakaat Pertama

1. Niat dan takbiratul ihram adalah langkah awal dalam menunaikan solat.

Lafaz niat solat sunat taubat :

ย Usolli Sunnata Taubati Rakโ€™ataini Lillahi Taโ€™alaย 

Maksudnya : โ€œSahaja aku solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Taโ€™ala.โ€

2. Baca doa iftitah

3. Seterusnya, membaca surah Al-Fatihah

4. Membaca surah Al-Kafirun

5. Kemudian, rukuk dan iktidal

6. Teruskan dengan sujud, duduk diantara dua sujud dan sujud kali kedua

7. Bangun untuk rakaat yang kedua

Rakaat Kedua

1. Dimulakan dengan lafaz takbir intiqalat

2. Membaca surah Al-Fatihah dan diteruskan dengan surah Al-Ikhlas

3. Kemudian, rukuk dan iktidal

4. Teruskan melakukan gerakan seperti dalam solat biasa sehingga sujud terakhir.

  • Ketika berada dalam sujud terakhir, bacalah:
    • ู„ูŽู‘ุข ุฅูู„ูŽูฐู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุข ุฃูŽู†ุชูŽ ุณูุจู’ุญูŽูฐู†ูŽูƒูŽ ุฅูู†ูู‘ู‰ ูƒูู†ุชู ู…ูู†ูŽ ูฑู„ุธูŽู‘ูฐู„ูู…ููŠู†ูŽ
    • Maksudnya :ย Tiada tuhan selain Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini termasuk daripada golongan orang-orang zalim.

5. Bangun dari sujud, terus lakukan tahiyyat akhir

6. Memberi salam

Setelah selesai memberi salam, teruskan dengan istighfar sambil memenuhi hati dengan rasa penyesalan atas dosa-dosa yang telah dilakukan.

Ucapkan istigfar:

ุฃูŽุณู’ุชูŽุบู’ููุฑู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ูŽ ุงู„ูŽู‘ุฐููŠ ู„ูŽุง ุฅูู„ูŽู‡ูŽ ุฅูู„ูŽู‘ุง ู‡ููˆูŽ ุงู„ู’ุญูŽูŠูŽู‘ ุงู„ู’ู‚ูŽูŠูู‘ูˆู…ูŽ ูˆูŽุฃูŽุชููˆุจู ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู

Rumi : Astagfirullah Hal โ€˜Azim Allazi Laa ilaaHa illa Huwalhayyu-Qoyyum Wa AtuuBu ilaihย 

Maksudnya :ย Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar, tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Istigfar

Leave a Comment