PANDUAN BAGI MENGERJAKAN SOLAT JUMAAT

By mukmin

Solat Jumaat merupakan ibadah yang mengumpulkan jemaah Muslim untuk beribadah bersama, mendengar khutbah, dan memperkuat hubungan dengan Allah dan sesama Muslim. Ia juga memberikan kesempatan untuk mendapatkan pahala dan rahmat yang besar. Solat Jumaat adalah merupakan fardu ain bagi tiap-tiap Muslim, laki-laki , sihat dan bermukmin. Solat jumaat telah difardhukan di Makkah sejurus sebelum Nabi berhijrah ke Madinah . Rasulullah juga menegaskan dengan sabdanya :

“Solat Jumaat adalah tanggungjawab yang wajib ke ats setiap orang islam.”

Diriwayatkan oleh Thariq bin Syibab yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Solat Jumaat adalah hak yang wajib ke atas setiap orang Islam, melainkan empat golongan, iaitu hamba yang dimiliki, perempuan, kanak-kanak atau orang sakitโ€”

Riwayat Abu Daud dalam Sunan Abi Daud

Syarat-syarat solat Jumaat

  1. Tempat solat Jumaat harus tertentu ianya perlu dijalankan di masjid atau surau
  2. Dilakukan pada waktu tengah hari, ketika waktu Zuhur telah masuk.
  3. Jumlah orang yang berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang lelaki.
  4. Ia melibatkan dua khutbah yang disampaikan oleh imam sebelum solat dilakukan. Setelah khutbah, jemaah melaksanakan solat berjemaah yang terdiri daripada dua rakaat.

Cara mengerjakan solat Jumaat

Cara pergerakan solat Jumaat adalah sama seperti solat-solat dua rakaat yang lain. Tapi perlu diingat bahawa solat Jumaat adalah solat berjemaah, maka semua pergerakan mesti dilakukan selepas imam selesai melakukannya.

Rakaat Pertama

  1. Solat dimulakan dengan niat dan takbirratul ihram

sesudah pembacaan dua khutbah oleh imam atau khatib dan sesudah iqomat, maka berdirilah sebagai persediaan mengerjakan solat.

selepas imam mengangkat takbirratul ihram, maka barulah kita pula melakukan takbirratul ihram.

(semasa mengangkat takbir , bacakan niat solat fardu jumaat dalam hati.

2. Kemudian bacalah doa iftitah.

3. Seterusnya bacalah surah Al-Fatihah.

4. Rukuk dan sujud dalam rakaat pertama.

Rakaat Kedua

5. Rakaat Kedua dimulai dengan takbir intikalat,

(sehabis sujuk kedua, bangun berdiri tegak kembali dengan tangan diletakkan diatas pusat untuk rakaat kedua.)

(takbir intiqalah bermaksud takbir permula rakaat kedua)

6. Baca surah Al-Fatihah selepas imam.

7. Solat diteruskan dengan rukuk dan sujud.

8. Bangun dari sujud dan terus lakukan tahiyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua.

9. Sesudah tahiyat, solat diakhiri dengan salam selepas imam selesai memberi salam.

10. Selesai solat jumaat jangan tergesa-gesa keluar dari masjid sebaiknya mengikut imam bertasbih, bertahmid, takbir dan berdoa.

Syarat wajib Solat Jumaat

-Islam, Baligh, Merdeka, Berakal, Lelaki , untuk (perempuan hukumnya harus).

Perkara Sunnah dilakukan pada Hari Jumaat

Soalan Lazim Berkenaan Solat Jumaat

Leave a Comment