Sebagai seorang Muslim kita semua wajib mengetahui rukun islam dan rukun iman.
Maksud Rukun Islam
Rukun islam adalah merupakan 5 tiang utama yang membentuk tiang asas agama Islam dan setiap Muslim yang beriman diwajibkan untuk mengamalkannya.
Ada satu hadis yang khusus tentang 5 Rukun islam iaitu sabda Rasullullah SAW:
ุนููู ุฃูุจูู ุนูุจูุฏู ุงูุฑููุญูู ููู ุนูุจูุฏู ุงูููููู ุจููู ุนูู ูุฑู ุจููู ุงููุฎูุทููุงุจู ุฑูุถููู ุงูููููู ุนูููููู ูุง ููุงูู: ุณูู ูุนูุช ุฑูุณูููู ุงูููููู ููููููู: โ ุจููููู ุงููุฅูุณูููุงู ู ุนูููู ุฎูู ูุณู: ุดูููุงุฏูุฉู ุฃููู ููุง ุฅูููู ุฅูููุง ุงูููููู ููุฃูููู ู ูุญูู ููุฏูุง ุฑูุณูููู ุงููููููุ ููุฅูููุงู ู ุงูุตููููุงุฉูุ ููุฅููุชูุงุกู ุงูุฒููููุงุฉูุ ููุญูุฌูู ุงููุจูููุชูุ ููุตูููู ู ุฑูู ูุถูุงููโ. ุฑูุงู ุงูุจุฎุงุฑู ูู ุณูู
Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar Radhiaallahu’anhuma, berkata : Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda : Islam dibangun di atas lima perkara : persaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa di bulan Ramadhan.
Senarai Rukun Islam
5 rukun islam ialah:
- Mengucap dua kalimah syahadah.
- Mendirikan solat 5 waktu.
- Puasa di bulan Ramadhan.
- Menunaikan zakat.
- Mengerjakan haji.
Rukun Islam yang Pertama
1. Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Perintah pertama Allah untuk manusia adalah mengucapkam dua kalimah syahadah. Ucapan dua kalimah syahadah adalah wajib hukumnya bagi seseorang yang ingin menjadi muslim.
Maksudnya : Aku bersaksi bahawa Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
(Surah Al-Imran : Ayat 18)
Apabilah seseorang itu mengucapkan syahadah bererti dia telah mengaku dengan lidahnya mengenai sesuatu perkara, iaitu hendaklah mengerjakan segala apa yang telah diakui dia hendaklah mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah.
Rukun Islam Yang Kedua
2. Mendirikan Solat 5 Waktu Sehari Semalam
Semua orang Islam yang akil baligh wajib untuk solat. Melakukan solat 5 waktu sehari semalam merupakan tiang agama dan tanda keimanan. Solat wajib dilakukan 5 kali sehari walaupun sakit (mengikut kemampuan). Solat terdiri daripada solat Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak.
Artikel lain: Cara Solat Tarawih.
WAKTU | BILANGAN WAKTU |
SUBUH | 2 RAKAAT |
ZOHOR | 4 RAKAAT |
ASAR | 4 RAKAAT |
MAGHRIB | 3 RAKAAT |
ISYAK | 4 RAKAAT |
Rukun Islam Yang Ketiga
3. Puasa Di Bulan Ramadhan
Semua umat Islam yang tidak ada keuzuran diwajibkan berpuasa. Puasa di bulan Ramadan adalah wajib bagi setiap Muslim yang baligh dan sihat. Puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dan ia melibatkan menahan diri dari makan, minum, dan perbuatan yang membatalkan puasa.
contoh : menahan mulut daripada makan dan bercakap benda yang sia-sia.
Syarat-Syarat Wajib Berpuasa ialah :
- ISLAM
- BALIGH
- BERAKAL
- BERKEMAMPUAN
Rukun Islam Yang Ke Empat
Menunaikan Zakat
Zakat merupakan kewajipan yang dikeluarkan pada harta orang yang memiliki kelebihan. Malahan zakait ini adalah pembersihan harta dengan cara memberikan sebahagian harta kepada mereka yang berhak menerima zakat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
Rukun Islam Yang Kelima
Menunaikan Haji Ke Baitullah
Haji adalah ibadah yang dilakukan di kota suci Mekah dan ia wajib dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup oleh setiap Muslim yang mampu dari segi fizikal dan kewangan.
Ibadah ini wajib bagi mereka yang berkemampuan dari segi :
- Belanja pergi dan balik
- Belanja untuk tanggungan yang ditinggalkan.
- Kesihatan yang baik
- Keselamatan perjalanan dan kenderaan.
- Sempat masa perjalanan mengikut kadar perjalanan biasa.
Semoga dengan panduan ini dapat membatu anda untuk memahami tentang rukun Islam dengan lebih mudah. Semoga bermanfaat.