Puasa Hari Putih : Niat Puasa Dan Kelebihan Mengamalkannya

By mukmin

Puasa Hari Putih juga dikenali sebagai puasa Ayyamul Bidh. Ayyamul Bidh merujuk kepada pertengahan bulan dan terbentuk dari perkataan Arab “al-yaum” yang bermaksud hari, manakala “bidh” pula bermaksud putih.

Puasa Hari Putih atau puasa Ayyamul Bidh merujuk kepada berpuasa pada hari bulan penuh cahaya, iaitu setiap hari ke-13, 14, dan 15 dalam pertengahan bulan Islam. Ini disebabkan oleh cahaya bulan yang sangat terang pada masa itu baik pada waktu malam mahupun siang suasananya terang dan dipenuhi cahaya.

Niat Puasa Hari Putih

Berikut kami kongsikan niat puasa hati putih dalam bahasa arab, rumi serta maksudnya yang dapat membantu anda memahaminya.

Rumi : Nawaitu sauma ayyamal bidh sunnatan lillahi taala

Maksudnya : Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah taala

Kelebihan Puasa Hari Putih

Berpuasa, sama ada dalam bulan Ramadan atau puasa sunat di hari-hari putih, membawa banyak kelebihan dan keistimewaan. Berikut adalah beberapa kelebihan yang terdapat dalam melaksanakan puasa Ayyamul Bidh:

1. Mendapat ganjaran pahala seolah-olah berpuasa setahun.

  • Amalan puasa pada hari putih dianggap memiliki pahala yang berlipat ganda. Kepada sesiapa yang berpuasa pada Hari Putih adalah mendapat pahala seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.

2. Meningkatkan kesihatan badan.

  • Berpuasa sering dikaitkan dengan cara mudah untuk mengurangkan berat badan. Walaupun begitu, tidak ramai yang menyedari bahawa puasa juga memberikan manfaat yang besar dalam meningkatkan kesihatan tubuh secara keseluruhan.

3. Menyucikan hati dan jiwa.

  • Tujuan utama berpuasa adalah untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Melalui amalan berpuasa, kita memupuk kesedaran dan mendidik hati untuk menghindari sifat-sifat buruk yang boleh membawa kita terjerumus ke dalam perbuatan maksiat.

4. Doa Yang Mustajab

  • Orang yang berpuasa termasuk dalam golongan yang doanya tidak akan ditolak.

Kami berharap bahawa maklumat yang kami kongsikan mengenai puasa hari putih ini dapat memberikan manfaat dan pengetahuan yang berguna untuk anda.

    Leave a Comment