Niat Puasa Bulan Rejab Serta Kelebihannya

By mukmin

Bulan Rejab dianggap sebagai bulan yang mulia dalam Islam dan termasuk dalam bulan-bulan haram. Bulan ini dinamakan haram karena umat Islam dilarang berperang dan melakukan tindakan zalim selama bulan ini.

Dalam bulan Rejab, umat Islam dianjurkan untuk meningkatkan amal ibadah. Pahala ibadah pada bulan ini dikatakan lebih besar dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain. Dalam bulan ini, salah satu perkara baik yang boleh kita lakukan ialah melaksanakan puasa sunat.

Niat Puasa Bulan Rejab

Berikut adalah niat puasa bulan rejab dalam bahasa arab, rumi serta maksudnya.

Bacaan Rumi : Nawaitu shouma ghodin fii syahri rajabi sunnatan lillahi taala.

Maksudnya : Aku berniat puasa esok hari di bulan Rejab sunat kerana Allah taala.

Niat Puasa Bulan Rejab Dan Kelebihannya

Kelebihan Berpuasa Pada Bulan Rejab

Melaksanakan puasa sunat pada bulan Rejab memiliki banyak kelebihan. Salah satunya ialah:

  1. Mendapat pahala berpuasa pada bulan-bulan Haram.
  2. Untuk menyiapkan diri menyambut bulan Ramadhan.
  3. Pahala akan dilipatgandakan.
  4. Berpuasa pada 1 Rejab, akan menghapuskan dosa-dosa kecilnya.

Doa Bulan Rejab

Berikut adalah doa yang boleh anda amalkan ketika memasuki bulan Rejab:

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุจูŽุงุฑููƒู’ ู„ูŽู†ูŽุง ููู‰ ุฑูŽุฌูŽุจ ูˆูŽุดูŽุนู’ุจูŽุงู† ูˆูŽุจูŽู„ูู‘ุบู’ู†ูŽุง ุฑูŽู…ูŽุถูŽุงู†

Rumi : Allahuma baariklana fi rajabi wasyaโ€™ban wa ballighna ramadhan

Maksudnya : Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan.

Marilah kita bersama-sama manfaatkan peluang ini. Semoga panduan yang kami kongsi dapat membantu dan memberikan manfaat kepada anda.

Leave a Comment