PANDUAN SOLAT SUNAT ISTIKHARAH

By mukmin

Solat Sunat Istikharah adalah solat sunat yang dilakukan oleh seorang Muslim ketika dia berada dalam situasi dilema atau kebimbangan terhadap suatu perkara penting dalam hidupnya. Istikharah bermaksud “meminta petunjuk” atau “memohon bimbingan” dari Allah SWT. Solat ini dilakukan dengan harapan agar Allah membimbing individu tersebut ke arah yang terbaik dalam memilih sesuatu perkara.

Istikharah tidaklah solat yang memberi petunjuk secara langsung atau mengubah takdir seseorang. Sebaliknya, ia adalah satu bentuk doa dan ibadah yang memohon kepada Allah SWT agar memberikan petunjuk dan memberi kejelasan dalam mengambil keputusan.

Lafaz Niat solat Sunat Istikharah :

Ussolli sunnatal istikharahi rakataini lillahi ta’ala

Maksudnya :

“Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.”

Rakaat Pertama

1. Dimulakan dengan takbir dan berniat dalam hati.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca surah Al-Fatihah.
4. Dianjurkan membaca surah Al-Kafirun.
5. Rukuk dan iktidal.
6. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.

Rakaat Kedua

1. Dimulakan dengan lafaz takbir permulaan rakaat kedua.
2. Membaca surah Al-Fatihah.
3. Dianjurkan membaca surah Al-Ikhlas.
4. Rukuk dan iktidal.
5. Sujud, duduk antara dua sujud dan sujud kali kedua.
6. Membaca doa istikarah ketika sujud akhir.

Subahanaka laailma lana illa maa’ AllamTana ,Innaka anta Alimul-hakim(Baca 40x)

Maksudnya :

“Maha suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”

Doa Istikharah

Cara Mengerjakan solat sunat Istikharah

  1. Solat istikharah itu, hendaklah dilakukan pada masa malam hari sebelum tidur.
  2. Setelah memberi salam bacalah doa istikharah.
  3. Hendaklah tidur dengan berwuduk.
  4. Kemudian setelah itu buatlah keputusan dengan meyakini dan bertawakkal kepda Allah s.w.t dengan usaha istikharah tersebut.
  5. Kalau merasa kurang puas hati, buatlah solat sampai tiga malam berturut-turut.

Leave a Comment