Panduan Potong Kuku Mengikut Sunnah

By mukmin

Memotong kuku ialah amalan sunnah fitrah yang dianjurkan dalam Islam untuk menjaga kebersihan dan kesempurnaan diri seorang Muslim. “Mengikut sunnah” bermaksud melakukannya dengan adab, waktu yang digalakkan, dan susunan tertentu sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah SAW dan diamalkan para ulama.

Adakah Hari Khusus Potong Kuku Ikut Sunnah?

Berhubung cara memotong kuku atau hari tertentu untuk melakukannya, tidak ada hadis sahih yang menegaskannya.

Meskipun tiada hadis sahih yang menetapkannya, beberapa riwayat daripada sahabat dan tabi’in yang menunjukkan kebiasaan mereka memotong kuku pada hari Jumaat.

Antaranya :

  • Ibnu Umar R.Anhuma biasanya memotong kuku dan merapikan misai pada hari Jumaat. (Lihat al-Sunan Al-Kubra oleh al-Baihaqi, 3/244)
  • Daripada Ibrahim bahawa beliau menceritakan, “Orang ramai memotong kuku mereka pada hari Jumaat.” (Lihat al-Musannaf oleh Ibn Abi Syaibah, 2/65)
  • Muhammad bin Ibrahim al-Taimi (salah seorang tabi’in) berkata, “Sesiapa yang memotong kukunya pada hari Jumaat dan memendekkan misainya maka dia telah menyempurnakan hari Jumaatnya.” (Lihat al-Musannaf oleh Abd al-Razzaq, 3/197)

Berdasarkan riwayat-riwayat tersebut, dapat disimpulkan bahawa memotong kuku amat digalakkan pada hari Jumaat. Namun begitu, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya kuku telah panjang, asalkan tidak dibiarkan melebihi tempoh 40 hari.

Cara Potong Kuku Ikut Sunnah

Cara Potong Kuku Ikut Sunnah
Cara Potong Kuku Ikut Sunnah

Hikmah & Kebaikan

  • Menjaga kebersihan dan kesihatan daripada kuman.
  • Menghias diri dengan cara yang disukai Allah.
  • Mengikuti sunnah Rasulullah SAW, maka mendapat pahala.
  • Membentuk peribadi Muslim yang sentiasa kemas dan teratur.

Leave a Comment