Panduan Bacaan Iqamah

By mukmin

Dari segi bahasa, iqamah bermaksud “bangun”. Manakala menurut syarak, iqamah adalah suatu ucapan yang digunakan untuk membangunkan jemaah yang hadir agar bersiap sedia untuk mendirikan solat dengan menggunakan kalimah-kalimah tertentu.

Tujuan iqamah dilaungkan adalah sebagai tanda bahawa solat akan dimulakan. Ianya berbeza dengan azan, yang merupakan seruan untuk memberitahu masuknya waktu solat. Iqamah bertujuan untuk memberi isyarat kepada jemaah bahawa solat akan segera dimulakan, dan mengajak mereka bersiap sedia serta masuk ke dalam saf untuk menunaikan solat.

Syarat-Syarat Iqamah

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi sebelum melaksanakan iqamah. Berikut adalah syarat-syarat tersebut:

  1. Dilafazkan dalam bahasa Arab
  2. Hanya dilakukan oleh seorang individu sahaja 
  3. Muwalat (berturut-turut) kalimah-kalimahnya.
  4. Dilakukan selepas masuk waktu solat.
  5. Mengikut tertib.

Lafaz Iqamah

Berikut adalah lafaz iqamah.

Rumi :

allahu akbar, allahu akbar
Ash’hadu an la ilaha illa-llah
ash’hadu anna muhammadar rasulu-llah
hayya `ala-s-salah
hayyā `ala-l-falāh
qad qama tis-salaah
qad qama tis-salaah
allahu akbar
allahu akbar
la ilaha illa-llah.

Maksudnya:

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah

Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Marilah mendirikan solat.
Marilah kepada kejayaan.

Sesungguhnya solat akan didirikan.
Sesungguhnya solat akan didirikan.

Allah Maha Besar
Allah Maha Besar

Tiada Tuhan melainkan Allah

Cara Menjawab Iqamat

Apabila iqamat dilaungkan, kita disunatkan untuk menjawabnya. Berikut adalah cara untuk menjawab iqamat:

Lafaz IqamatCara Jawab Iqamat
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
āllahu ākbar, āllahu ākbar
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ
āllahu ākbar, āllahu ākbar
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله
āsh’hadu ān lā ilaha illā-llah
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله
āsh’hadu ān lā ilaha illā-llah
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
āsh’hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah
أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
āsh’hadu ānna mūhammadār rasūlu-llah
حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ
hayyā `alā-s-salah
حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ
hayyā `alā-l-falāh
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ
La Haula wala quwwata illa billah (2x)
قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ
قَدْ قَامَتِ الصَّلَاةُ
أقامها الله وادامها 
Aqamaha-llahu-wa-ada-maha
الله أَكْبَرُ الله أَكْبَرُ
āllahu ākbar, āllahu ākbar
الله أَكْبَرُ الله أَكْبَرُ
āllahu ākbar, āllahu ākbar
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
lā ilaha illā-llah.
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
lā ilaha illā-llah.





Leave a Comment