Doa Minta Dipertemukan Jodoh Yang Baik

By mukmin

Berkahwin merujuk kepada tindakan melangsungkan pernikahan atau membentuk ikatan perkahwinan. Perkahwinan merupakan salah satu cara untuk memajukan agama Islam. Oleh itu, Islam sangat menggalakkan umatnya untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga.

Tetapi tidak semua dari kita dipermudahkan untuk bertemu dengan jodoh yang terbaik. Keinginan kita kadang-kadang tidak selaras dengan kenyataan. Banyak orang yang sudah merancang untuk berkahwin, namun belum berjumpa dengan pasangan yang sesuai. Kadang-kadang, perjalanan hidup memerlukan kesabaran dan waktu.

Sebagai manusia, salah satu ikhtiar yang dapat dilakukan adalah dengan berusaha dan berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik.

Himpunan Doa Minta Jodoh Yang Baik

Berikut adalah beberapa doa minta jodoh yang boleh kita amalkan.

1. Surah Al-Anbiya, ayat 89ย ย 

ูˆูŽุฒูŽูƒูŽุฑููŠูŽู‘ุง ุฅูุฐู’ ู†ูŽุงุฏูŽู‰ ุฑูŽุจูŽู‘ู‡ู ุฑูŽุจูู‘ ู„ูŽุง ุชูŽุฐูŽุฑู’ู†ููŠ ููŽุฑู’ุฏุงู‹ ูˆูŽุฃูŽู†ุชูŽ ุฎูŽูŠู’ุฑู ุงู„ู’ูˆูŽุงุฑูุซููŠู†ูŽ

Maksudnya : โ€œDan ingatlah kisah Zakaria tatkala ia menyeru Tuhannya: Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.โ€

2. Surah Furqan, ayat 74

ุฑูŽุจูŽู‘ู†ูŽุง ู‡ูŽุจู’ ู„ูŽู†ูŽุง ู…ูู†ู’ ุงูŽุฒู’ูˆูŽุงุฌูู†ูŽุง ูˆูŽุฐูุฑูู‘ูŠู‘ูฐุชูู†ูŽุง ู‚ูุฑูŽู‘ุฉูŽ ุงูŽุนู’ูŠูู†ู ูˆูŽู‘ุงุฌู’ุนูŽู„ู’ู†ูŽุง ู„ูู„ู’ู…ูุชูŽู‘ู‚ููŠู’ู†ูŽ ุงูู…ูŽุงู…ู‹ุง

Maksudnya:ย โ€œYa Tuhan, anugerahkan kepada kami isteri dan zuriat yang menyejukkan (hati) dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertaqwaโ€

3. Surah al-Qasas, ayat 24ย 

ุฑูŽุจูู‘ ุฅูู†ูู‘ูŠ ู„ูู…ูŽุง ุฃูŽู†ุฒูŽู„ู’ุชูŽ ุฅูู„ูŽูŠูŽู‘ ู…ูู†ู’ ุฎูŽูŠู’ุฑู ููŽู‚ููŠุฑูŒ

Maksudnya: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan.



Leave a Comment