Pelaksanaan solat adalah aspek penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana ia memiliki kedudukan yang sangat tinggi dalam agama Islam. Oleh itu, bacaan dalam solat perlu diketahui oleh semua umat Islam yang memenuhi syarat wajib solat. Ini penting kerana jika bacaan tersebut tidak dibaca, solat dianggap tidak sah.
Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda maksud bacaan-bacaan dalam solat. Kami akan menyertakan bacaan dalam tulisan Arab, rumi, serta terjemahannya. Artikel ini disediakan sebagai panduan untuk semua.
Maksud Bacaan Dalam Solat
Lafaz Niat Solat Fardhu
Berikut adalah lafaz niat untuk lima solat fardu:
1. NIAT SOLAT SUBUH
2. NIAT SOLAT ZOHOR
3. NIAT SOLAT ASAR
4. NIAT SOLAT MAGHRIB
5. NIAT SOLAT ISYAK
Takbiratul Ihram
اللّٰهُ أَكْبَر
Rumi : Allahu Akbar
Maksudnya : Allah Maha Besar
Doa Iftitah
Berikut bacaan doa iftitah:
Maksudnya : Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya. Tidak ada bersekutu denganNya sesuatu dan dengan demikian aku disuruh dan aku dari golongan muslimin.
Surah Al-Fatihah
Maksudnya :
- Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
- Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menguasai sekalian alam
- Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang
- Yang Menguasai hari Pembalasan (hari akhirat)
- Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan
- Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
- Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat
Rukuk
Iktidal
Sujud
Duduk Antara Dua Sujud
Maksudnya : Wahai Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku, lindungilah aku dan angkatlah darjatku berilah aku rezeki, dan berilah petunjuk kepadaku, afiatkanlah aku dan ampunilah aku.
Tahiyat Awal
Maksudnya :
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Tahiyat Akhir
Maksudnya :
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi. Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.
Salam
Maksudnya : Sejahtera ke atas kamu semua dan rahmat Allah ke atasmu.