Solat jamak dan solat qasar adalah kemudahan yang diberikan kepada umat Islam yang sedang bermusafir. Dengan adanya solat jamak, kita dapat menggabungkan beberapa rakaat solat, sementara solat qasar membolehkan kita untuk memendekkan bilangan rakaat solat fardu dari empat rakaat kepada dua rakaat, terutamanya untuk solat Zohor, Asar, dan Isyak. Ia memudahkan umat Islam yang berada dalam perjalanan untuk menjalankan ibadah solat dengan lebih mudah sesuai dengan keadaan perjalanan atau keadaan tertentu.
Jenis-Jenis Solat Jamak
Solat ini dibahagikan kepada dua jenis yang perlu anda tahu, iaitu solat jamak takdim dan jamak takhir.
- Jamak Takdim – Menggabungkan dua solat fardhu ke dalam waktu solat yang pertama, sebagai contoh, Solat Fardhu Zohor dihimpunkan bersamaan dengan Solat Fardhu Asar dalam waktu Zohor.
- Jamak Takhir – Menghimpunkan dua solat fardhu ke dalam waktu solat yang kedua. Sebagai contoh, Solat Fardhu Zohor dihimpunkan bersama Solat Fardhu Asar dalam waktu Asar.
Niat Solat Jamak Dan Qasar
Berikut adalah niat solat jamak dan qasar:
Jamak Takdim
1. Niat Solat Jamak Takdim Zohor |
Ertinya : Sahaja aku solat fardhu zuhur, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taโala.
1. Niat Solat Jamak Takdim Asar |
Ertinya : Sahaja aku solat fardhu asar, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taโala.
1. Niat Solat Jamak Takdim Magrib |
Ertinya : Sahaja aku solat fardhu maghrib, tiga rakaat jamak takdim kerana Allah Taโala.
1. Niat Solat Jamak Takdim Isyak |
Ertinya : Sahaja aku solat fardhu isyak, qasar dua rakaat jamak takdim kerana Allah Taโala.
Jamak Takhir
1. Niat Solat Jamak Takhir Zohor |
Ertinya : Sahaja aku solat fardhu zuhur, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taโala.
1. Niat Solat Jamak Takhir Asar |
Ertinya : Sahaja aku solat fardhu asar, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taโala.
1. Niat Solat Jamak Takhir Magrib |
Ertinya : Sahaja aku solat fardu Maghrib tiga rakaat jamak takhir kerana Allah Taala
1. Niat Solat Jamak Takhir Isyak |
Ertinya : Sahaja aku solat fardu Isyak, qasar dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala.