Doa Iftitah Dalam Solat

By mukmin

Pengenalan

Pengertian “iftitah” ialah sebagai pembuka dan ia dibaca dalam setiap solat fardu. Membaca doa iftitah merupakan salah satu amalan sunat dalam solat. Doa ini dibacakan setelah kita mengangkat takbiratul ihram pada rakaat pertama solat.

Doa iftitah ini dibaca sebelum Surah Al-Fatihah pada rakaat pertama.

Doa Iftitah

Berikut adalah bacaan doa iftitah.

اللّٰهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمٰوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا مُسْلِمًا

وَمَا أَنَاْ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَاْ مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Bacaan Rumi :

Allaahu Akbar Kabiraa, Walhamdulillahi kathira,

Wa Subhanallahi Bukratan Wa asila,

Wajjahtu Wajhiya lil-lazi Fataras-Samawati wal-Ardh,

Hahifan-Musliman Wama ana minal-musyrikin,

Inna salati, wanusuki wamahyaya, wawamati Lillahi rabbil-alami

La Syarika lahu Wa Bidzalika Umirtu Wa Ana Mnal Muslimin

Maksud doa iftitah :

Allah Maha Besar, segala puji bagi Allah. Maha Suci Allah pagi dan petang. Aku hadapkan mukaku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, hal keadaannya bersih dalam Islam. Tidaklah aku dari golongan orang-orang yang mensyirikkan Tuhan. Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidup dan matiku bagi Allah, Tuhan yang memiliki alam keseluruhannya.

Doa Iftitah
Doa Iftitah

Hukum Membaca Doa Iftitah

Bacaan iftitah dalam solat dianggap sebagai sunat dan boleh dilakukan dalam solat fardu serta solat sunat tanpa perlunya sujud sahwi sekiranya terlupa. Doa iftitah selepas takbiratul Ihram merupakan amalan yang ditekankan oleh Nabi Muhammad SAW. Ia mencerminkan penghormatan, sanjungan, dan ketaatan kepada Allah SWT.

Diharapkan dengan perkongsian ini, anda dapat membaca doa iftitah dengan lebih mudah dan pada masa yang sama, memahami maksud doa tersebut. Semoga Bermanfaat.

Leave a Comment