Doa Selepas Solat: Serta Panduan Bacaan dalam Rumi

By mukmin

Doa adalah bentuk ibadah yang menunjukkan kerendahan diri seorang hamba kepada Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

Untuk membaca doa eloklah dilakukan di tempat yang sesuai, pada waktu yang tepat, dan dalam suasana yang baik. Semasa berdoa, pastikan hati ikhlas, penuh khusyuk, tertib, rendah hati, dan ikuti tatacara yang ditetapkan oleh syarak.

Sebagai umat Islam, salah satu perkara penting yang perlu diamalkan ialah sentiasa berdoa selepas menunaikan solat. Bagi solat dhuha pula, boleh baca panduan bacaan doa dhuha ini.

Dalam artikel ini, kami akan jelaskan manfaat yang akan anda perolehi apabila anda sentiasa berdoa, dan kami juga akan berikan contoh-contoh bacaan doa yang boleh anda ikuti.

Kelebihan Berdoa

  1. Doa adalah penghubung yang kuat antara seorang hamba dengan Allah SWT.
  2. Doa merupakan satu bentuk ibadah kepada Allah.
  3. Doa ialah cara untuk berzikir kepada Allah.
  4. Berdoa adalah satu senjata yang kuat bagi setiap orang yang beriman untuk menghadapi kenyataan kehidupan.

Contoh Doa Selepas Solat

Berikut adalah beberapa contoh doa selepas solat yang boleh anda gunakan.

Doa Pertama

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahirobbil โ€˜alamin, wassolatu wassalaamu โ€˜alaa sayyidina muhammadin ashrofil mursalin, waโ€™alaa aalihi wasohbihi ajmaโ€™in.
Allahumma ahyina bil iimaan, wa amitna bil iimaan, wa adkhilnal jannata maโ€™al iimaan, Allahummaghfirlana zunuubana waliwaa lidaina warhamhuma kamaa robbayaanaa soghiro,
Allahummakhtim lanaa bi husnil khotimah, wala takhtim โ€˜alaina bi suuโ€™il khotimah, robbana laa tuzigh qulubana baโ€™daiz hadaitana wahablana milladunka rohmatan innaka antal wahhab.
Robbana aatinaa fiddunya hasanah wafil aakhirotihasanah waqinaa โ€˜azaabannar, wasollallahu โ€˜ala sayyidina muhammadin waโ€™ala aalihi wasohbihi wasallam, walhamdulillahirobbil โ€˜alamiin.

Maksudnya :

โ€œDengan nama Allah, yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.โ€

โ€œYa Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua ibubapa kami. Kasihanilah kedua ibubapa kami sepertimana mereka berdua mengasihani kami sewaktu kami masih kecil.โ€

โ€œYa Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah Engkau akhiri umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Ya Allah! Janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.โ€

โ€œWahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat Baginda. Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.โ€

Doa Kedua

Bismillahirrahmanirrahim, alhamdulillahi robbil โ€˜alamin, wassolatu wassalam โ€˜ala saiyyidil mursalin wa imamil muttaqin, wa โ€˜ala alihi ahli baitihi wasohbihi ajmain.
Allahumma inna nas aluka salamatan fiddin wa afiyatan fil jasad, wa ziyadatan fil ilmi wabarakatan fil rizki, watau batan qoblal maut warahmatan indal maut, wa magfiratan baโ€™dal maut.
Allahumma hauwin alaina fil sakaratil maut, wannaja ti minannar wa afwa indal hisab.
Rabbana laa tuzig kulubana baโ€™ da iz hadaitana wa hablana min ladunka rahmah, innaka antal wahhab.
Allahhuma ahyina bil imaan, wa amitna bil imaan, wa adkhilnal-jannata maโ€™al imaan.
Allahumagfirlana zunubana waliwa-lidaina war hamhumma kama robbayana soghri-ro.
Allahummahtim lana bi husnil-khotimah, wala tahtim alaina bi suu-il-khotimah.
Rabbana atina fiddunya hasanatan, wafil-a-khiroti hasanatan wakina azab-bannar.
Wassalallhu โ€˜ala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihi wassalam, walhamdulillahi robbil alamin.

Maksudnya :

โ€œDengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu para rasul dan ikutan orang-orang bertakwa (Nabi Muhammad), serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.โ€

โ€œYa Allah! Ringankanlah ke atas kami semasa sakaratul maut, lepaskanlah daripada api neraka dan kemaafan semasa diadakan perhitungan (hisab). Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah mana Engkau berikan petunjuk kepada kami. Berikanlah kami rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Maha Pemberi.โ€

โ€œYa Allah! Hidupkanlah kami dengan iman dan matikanlah kami dengan iman, serta masukkanlah kami ke dalam syurga bersama-sama iman.โ€

โ€œYa Allah! Ampunilah segala dosa-dosa kami dan dosa-dosa kedua-dua ibu bapa kami. Kasihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa kami masih kecil.โ€

โ€œYa Allah! Akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan juga di akhirat. Peliharalah kami daripada azab api neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segala puji itu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh Alam.โ€

Semoga perkongsian mengenai doa ini dapat anda ikuti tanpa sebarang masalah. Semoga bermanfaat. Lihat juga adab ketika berdoa ini untuk berdoa dengan sempurna dan beradab.

Leave a Comment