Sebenarnya dalam Islam, wuduk merupakan asas penting dalam menjalankan ibadah, khususnya solat. Wuduk sangat penting karena tanpa melakukan wuduk, beberapa ibadah seperti solat dianggap tidak sah.
Wuduk juga adalah salah satu perbuatan menyucikan diri dengan air sebelum beribadah. Kebersihan ini menjadi unsur utama yang mencerminkan ketaqwaan dan kesucian dalam menjalankan ibadah kepada Allah.
Dalam artikel ini, kami akan kongsikan niat wuduk dan doa selepas wuduk yang perlu anda ketahui.
Niat Wuduk
Berikut adalah lafaz niat wuduk:
Pilihan Pertama
Maksudnya: โSahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taโala.โ
Pilihan Kedua
Maksudnya: โSaya niat berwuduk kerana Allah Taโala.โ
Bacaan Doa Selepas Wuduk
Di bawah ini adalah bacaan doa selepas wuduk dalam arab, rumi beserta maksudnya yang dapat anda jadikan sebagai panduan.
Maksudnya : Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untuk Nya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusan Nya. Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepada Mu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hamba Mu yang soleh.โ
Syarat Sah Wuduk
Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk menjadikan wuduk itu dianggap sah. Antaranya adalah:
- Islam
- Kanak-kanak yang sudah mumaiyiz iaitu mereka yang pandai membezakan antara perkara baik dan buruk
- Tidak berhadas besar seperti haid, nifas, dan junub
- Gunakan air mutlak iaitu air suci yang mampu menyucikan
- Air dapat meresap ke kulit, rambut, dan kuku tanpa halangan daripada bahan seperti cat, getah, tatu, pewarna rambut, pewarna kuku, dan sebagainya. Sebelum berwuduk, penting untuk membersihkan benda-benda asing tersebut.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda dalam mengamalkan wuduk yang sempurna sebelum menjalankan ibadah.