Apa Itu Makmum Masbuk?
Makmum masbuk merujuk kepada makmum yang terlambat masuk ke dalam saf dan tidak sempat membaca surah al-Fatihah bersama imam. Oleh sebab kelewatan ini, mereka tidak dapat mengikuti gerakan imam dengan sepenuhnya.
Berikut adalah beberapa situasi yang melibatkan makmum masbuk:
- Makmum yang tertinggal sebagian surah Al Fatihah
- Makmum yang tertinggal keseluruhan surah Al Fatihah
- Makmum yang tertinggal sebagian surah sunat (bacaan selepas Al-Fatihah)
- Makmum yang tertinggal surah sunat secara keseluruhan
- Makmum yang mendapati imam sedang rukuk, iktidal, sujud atau sedang duduk di antara dua sujud
Langkah Yang Boleh Diambil
Sebagai makmum masbuk, terdapat beberapa langkah yang perlu anda ikuti untuk memastikan solat anda sah dan tidak melanggar hukum. Antara langkah-langkah yang boleh diambil adalah seperti berikut:
SITUASI PERTAMA | TINDAKAN |
– Imam hampir selesai membaca surah sunat (bacaan selepas Al-Fatihah) dalam rakaat. Pada masa yang sama, makmum baru sahaja memasuki saf. | – Makmum perlu membaca Surah Al-Fatihah dan melakukan rukuk dengan tamakninah bersama Imam untuk mendapatkan rakaat tersebut. – Bacaan Al-Fatihah yang tidak lengkap atau tidak selesai akan ditanggung oleh Imam. Oleh itu, makmum tidak perlu tergesa-gesa untuk menghabiskan bacaan Al-Fatihah. |
SITUASI KEDUA | TINDAKAN |
– Situasi kedua ini berlaku apabila Imam sudah pun rukuk semasa makmum memasuki saf. | – Makmum perlu berniat dan berdiri seketika (selama tempoh bacaan SubhanAllah) sebelum melaksanakan rukuk bersama Imam. – Untuk mendapatkan rakaat tersebut, makmum perlu berhenti seketika bersama imam semasa rukuk. – Makmum di situasi kedua ini tidak perlu membaca Al-Fatihah, kerana ia telah ditanggung Imam solat tersebut |
NOTA:
- Selagi makmum sempat rukuk bersama imam, walaupun hanya sebentar, dia dianggap telah mendapat rakaat tersebut.
- Apabila imam telah melepasi rukuk, sama ada sedang dalam keadaan iktidal, sujud, atau duduk di antara dua sujud, maka makmum tersebut dianggap tidak mendapat rakaat itu.
- Untuk makmum yang tidak sempat menyelesaikan rakaat, anda tidak perlu memberikan salam bersama Imam. Sebaliknya, anda perlu bangun untuk melaksanakan rakaat yang tertinggal.
Maksud Makmum Muafik
Makmum muwafiq adalah makmum yang mempunyai cukup waktu untuk bersama Imam dan dapat membaca Al-Fatihah dengan bacaan yang tenang.