Doa Syifa Untuk Kesembuhan

By mukmin

Kesihatan merupakan salah satu nikmat terbesar dalam kehidupan. Apabila kita diuji dengan sakit, kita perlu yakin bahawa Allah menguji kita mengikut kemampuan masing-masing. Rasa sakit yang kita alami adalah salah satu tanda kasih sayang Allah terhadap makhluk-Nya.

Seringkali, tanpa kita sedari, sakit yang kita alami akan membuatkan kita menyedari kelemahan kita sebagai hamba. Di sinilah merupakan titik balik, di mana kita kembali kepada Allah, mengingati-Nya, dan berdoa agar diberi kesembuhan.

Doa Syifa

Daripada Aisyah R.anha berkata, Nabi Muhammad SAW biasa membacakan doa pelindungan kepada sebahagian mereka (sahabatnya), baginda mengusap orang tersebut dengan tangan kanan baginda lalu baginda membacakan doa:

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุฑูŽุจูŽู‘ ุงู„ู†ูŽู‘ุงุณู ุฃูŽุฐู’ู‡ูุจู ุงู„ู’ุจูŽุฃู’ุณูŽ
ูˆูŽุงุดู’ูู ุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ุดูŽู‘ุงูููŠ ู„ุงูŽ ุดูููŽุขุกูŽ ุฅูู„ุงูŽู‘ ุดูููŽุงุคููƒูŽ
ุดูููŽุงุกู‹ ู„ุงูŽ ูŠูุบูŽุงุฏูุฑู ุณูŽู‚ูŽู…ู‹ุง

Rumi : Allahumma rabban nasi, adhhibil baโ€™sa. Washfi, antash shafi, la shifaโ€™a illa shifaโ€™uka. Shifaan la yughadiru saqaman.

Maksudnya : โ€œYa Allah, Rabb manusia, hilangkanlah kesusahan dan berilah dia kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.โ€ โ€“ (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. No. 5743)

Doa memohon kesembuhan



Leave a Comment