5 Rukun Nikah

By mukmin

Perkahwinan ialah satu ikatan yang sah antara seorang lelaki dan seorang wanita untuk hidup bersama sebagai suami isteri dengan tujuan membina kehidupan berkeluarga yang harmoni, mengikut ajaran agama dan adat yang diterima masyarakat. Dalam Islam, perkahwinan bukan sekadar hubungan fizikal, tetapi juga satu ibadah yang membawa kepada keredaan Allah SWT.

Tujuan Perkahwinan

Berikut ialah tujuan perkahwinan menurut Islam dan perspektif umum:

  • Menjaga maruah dan kehormatan diri
  • Memenuhi fitrah semula jadi manusia
  • Mengelakkan zina dan maksiat
  • Mewujudkan keluarga sakinah (tenang), mawaddah (kasih sayang), dan rahmah (rahmat)
  • Mendapat keturunan yang soleh dan solehah
  • Menjalin kasih sayang dan saling melengkapi antara pasangan
  • Menjalin hubungan silaturrahim
  • Menjadi Ibadah dan Mendapat Keredaan Allah

Rukun Nikah

Rukun nikah merujuk kepada perkara-perkara asas yang mesti ada dan dipenuhi bagi memastikan sesuatu perkahwinan itu sah menurut syariat Islam. Jika salah satu rukun ini tidak dipenuhi, maka akad nikah dianggap tidak sah.

Berikut adalah 5 rukun nikah:

  1. Pengantin lelaki
  2. Pengantin perempuan
  3. Wali
  4. Saksi
  5. Ijab dan Qabul

Syarat-Syarat Sah Nikah

1. Pengantin Lelaki

  • Beragama Islam
  • Lelaki
  • Bukan mahram dengan bakal isteri
  • Bukan dalam keadaan ihram haji atau umrah
  • Lelaki yang tertentu
  • Berkahwin dengan kerelaan sendiri
  • Tidak mempunyai empat isteri yang sah dalam satu masa

2. Pengantin Perempuan

  • Islam
  • Wanita
  • Bukan mahram
  • Bukan isteri orang atau dalam iddah
  • Bukan dalam ihram
  • Kerelaan sendiri

3. Syarat Wali

  • Islam.
  • Adik.
  • Baligh.
  • Lelaki.
  • Merdeka.
  • Tidak fasik, kafir, atau murtad.
  • Bukan dalam ihram haji atau umrah.
  • Waras- tidak cacat akal fikiran atau gila.
  • Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan.
  • Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya.

4. Syarat Saksi

  • Islam
  • Baligh
  • Adil (tidak melakukan dosa besar)
  • Lelaki
  • Memahami lafaz Ijab dan Qabul
  • Sejahtera pancaindera (tidak buta, pekak, dan bisu)

5. Syarat Ijab Qabul

  • Menggunakan lafaz nikah atau kahwin
  • Lafaz ijab dan qabul hendaklah jelas
  • Ijab qabul bersambung ucapannya
  • Wali dan pengantin lelaki waras sehingga selesai akad nikah
  • Tidak bersyarat
  • Tidak bertempoh

Adalah penting untuk setiap pasangan yang ingin berkahwin mengambil tahu tentang rukun nikah. Jika salah satu daripada rukun ini tidak dipenuhi, maka pernikahan tersebut dianggap tidak sah menurut hukum syarak. Maka, sangat penting untuk memastikan setiap rukun ini dijaga dengan betul dalam proses pernikahan.

Leave a Comment