Haji Dan Umrah ( حج دان عمرة )

By mukmin

Maksud Haji Dan Umrah

HAJIUMRAH
Haji dari segi bahasa ialah tujuan dan maksud.Umrah dari segi bahsa ialah ziarah
Dari segi istilah ialah mengunjungi Baitullah alharam pada bulan-bulan haji untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.Umrah dari segi istilah ialah mengunjungi Baitullah al haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadah tertentu menurut syarat-syaratnya.

Hukum Haji dan Umrah

  • wajib sekali seumur hidup bagi setiap individu yang mukalaf dan berkemampuan.

Allah berfirman : (Ayat 196 surah Al-Baqarah)

وَأَتِمُّوا۟ ٱلْحَجَّ وَٱلْعُمْرَةَ لِلَّهِ ۚ

Maksudnya : “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.

Allah berfirman : (Ayat 97 Surah Ali-Imran)

ءَامِنًۭا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلْبَيْتِ مَنِ ٱسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًۭا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنِ ٱلْعَـٰلَمِينَ ٩٧

Maksudnya : “Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

Syarat Wajib Haji Dan Umrah

Rukun Haji Dan Umrah

Perkara Wajib Haji Dan Umrah

Niat ihram di Miqat – Berniat ihram di Miqat ialah ketentuan tempat atau masa untuk merniat ihram, haji atau umrah.

Jenis -Jenis Miqat

Miqat Zamani
Ketentuan masa bagi seseorang untuk berniat ihram haji. Bermula dari 1 Syawal. Berakhir apabila masuk waktu Subuh pada 10 Zulhijjah.
Miqat Makani
Ketentuan tempat atau sempadan tempat untuk berniat ihram.

5 Tempat untuk miqat bagi penduduk luar Mekkah.

  • Zatu Irqin
  • Bir Ali atau Zul Hulaifah
    • Dari arah Madinah
  • Juhfah
    • Dari arah Mesir dan Tunisia
  • Yalamlam
    • Dari arah Yaman
  • Qarnul Manazil

Perbandingan Haji Dan Umrah

Hikmah Haji dan Umrah

Rohani
Melalui ibadah haji dan umrah, umat Islam berpeluang menghapuskan dosa-dosa lalu dan memperoleh ganjaran syurga yang dijanjikan Allah. Ia juga menjadi manifestasi ketaatan kepada perintah Allah SWT, memperkukuh hubungan rohani antara hamba dan Pencipta.

Sosial
Ibadah ini mempertemukan umat Islam dari pelbagai latar belakang, bangsa, dan negara. Ia menjadi medan untuk memperkukuhkan ukhuwah Islamiah dan menjalin silaturahim yang melangkaui sempadan geografi.

Politik
Pelaksanaan ibadah haji menunjukkan kekuatan solidariti umat Islam di seluruh dunia. Kehadiran berjuta-juta jemaah dalam satu masa melambangkan perpaduan dan kesatuan yang utuh di bawah panji Islam.

Dakwah
Haji dan umrah turut menjadi medium untuk menyebarkan dakwah Islam. Ia menyemarakkan semangat menyampaikan mesej Islam ke serata dunia, mengajak manusia kepada kebenaran dan keindahan agama ini.

Ekonomi
Dari segi ekonomi, ibadah ini memberi dorongan kepada umat Islam untuk menabung melalui institusi seperti Tabung Haji. Selain itu, ia menyumbang kepada pengumpulan dana yang boleh digunakan untuk meningkatkan taraf hidup umat Islam secara kolektif.

Leave a Comment