Dalam kesibukan dan rutin harian yang padat, tiada yang lebih penting daripada kesihatan dan kebahagiaan orang tersayang di sekitar kita.
Kesihatan adalah salah satu nikmat paling berharga dalam hidup. Bila kita jatuh sakit, kita perlu percaya bahawa ujian itu sesuai dengan kemampuan kita. Sakit yang kita rasa sebenarnya adalah tanda kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.
Apabila seseorang jatuh sakit, marilah kita mendoakan agar dia segera sembuh dan kembali sihat seperti sediakala. Doa bukan saja satu usaha rohani, tetapi juga tanda sokongan moral dan emosi kepada orang yang sedang sakit. Dalam Islam, doa sangat penting kerana ia menunjukkan kita bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT sebagai penyembuh segala penyakit.
Kumpulan Doa Untuk Orang Sakit
Terdapat beberapa doa yang boleh dibacakan untuk seseorang yang sedang sakit. Berikut disertakan doa-doa tersebut dalam tulisan Arab, Rumi (sebutan), serta terjemahannya agar mudah difahami dan diamalkan.
1. Doa agar diangkat segala penyakit
امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِك الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ
Rumi: Imsahil ba’sa rabban nasi. Bi yadikas syifa’u. La kasyifa lahu illa anta
Maksudnya: “Tuhan manusia, sapulah penyakit ini. Di tangan Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Kau.”
2. Doa untuk orang sakit
أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
Rumi: “As’alullahal azhima rabbal’arsyil’azhimi an yassfiyaka.”
Maksudnya: Aku memohon kepada Allah yang agung, Tuhan arsy yang agung agar menyembuhkanmu.
3. Doa agar disembuhkan dari penyakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Rumi : Allaahumma rabban naasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syaafi. Laa syaafiya illa anta syifaa’an la yughaadiru saqaman
Maksudnya : Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tidak ada penawar selain dari penawar Mu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit.
4. Doa untuk ibu bapa yang sakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِى لاَ شَافِىَ إِلاَّ أَنْتَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Rumi: Allahumma rabban naas mudzhibal ba’si isyfi antasy syaafii laa syafiya illaa anta syifaa’an laa yughaadiru saqoman
Maksudnya: “Ya Allah Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembukanlah ia. (Hanya) Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari Mu. Kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.” – ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Doa untuk anak yang sakit
أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
Rumi: Asalulallahu ‘azhiim robbul ‘arsyil ‘azhiim ayyasyfiyak
Maksudnya: “Aku memohon kepada Allah, Dzat yang Maha Besar, Tuhan yang Mempunyai Arasy, yang Maha Besar, semoga Dia berkenan memberi kesembuhan padamu,” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).
6. Doa untuk Teman Sakit
اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا
Rumi: “Allahummasyfi Sa’dan. Allahummasyfi Sa’dan. Allahummasyfi Sa’dan.”
Maksudnya: Ya Allah, sembuhkan…. (Sa’dan ini bisa Anda ganti dengan nama teman yang sakit).



