Setiap wanita akan mengalami haid apabila sudah baligh. Oleh itu, sangat penting untuk wanita tahu cara mandi wajib haid yang betul.
Mandi wajib tidak boleh dilakukan dengan sambil lewa kerana tujuannya adalah untuk menyucikan diri daripada hadas besar. Ia mesti dilakukan dengan niat yang betul dan mengikut tertib yang ditetapkan. Mandi wajib adalah suatu syarat yang mesti dilakukan selepas tamatnya kitaran haid bagi mensucikan diri.
Niat Mandi Wajib Haid
Untuk wanita yang mandi wajib kerana hadas haid, niat mandi wajib adalah:

Cara Mandi Wajib Haid
Berikut merupakan panduan langkah-langkah dan cara mandi wajib yang boleh dijadikan rujukan:
- Niat ketika air sampai ke tubuh
- نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ حَدَثِ الْحَيْضِ ِللهِ تَعَالَ
- Nawaitu Ghusla Lifrafil Hadasil Haidil Lillahi Ta’ala”
- Membaca “Bismillah”
- Membasuh tangan sebanyak tiga kali
- Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
- Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
- Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa (untuk melakukan solat) ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
- Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lalu menyiramnya 3 kali dengan air.
- Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
- Meratakan air ke seluruh tubuh badan
- Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu.
Perlu diingat, semasa mandi wajib, pastikan air merata ke seluruh anggota badan termasuk bahagian-bahagian yang tersembunyi seperti celah lipatan dan helaian rambut.
Cara mandi wajib perlu dilakukan dengan betul mengikut panduan yang telah ditetapkan. Pastikan anda faham setiap langkah dan amalkannya dengan sebaiknya. Semoga segala amalan, usaha dan ibadah kita diterima oleh Allah S.W.T.



