Doa Untuk Ibu Bapa

By mukmin

Sebagai anak, kita perlu sedar bahawa kita mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa. Tanggungjawab ini melibatkan usaha untuk memberikan kebahagiaan kepada mereka dan turut membantu meringankan beban yang mereka pikul.

Salah satu tanggungjawab yang mudah dan pasti dapat kita laksanakan ialah dengan mendoakan mereka. Doa untuk ibu bapa adalah salah satu cara anak memberikan hadiah kepada mereka. Oleh itu, di sini kami akan kongsikan doa ibu bapa yang boleh kita amalkan. Doa ini boleh dibaca pada bila-bila masa, sama ada selepas solat atau sebelum tidur.

Doa Untuk Ibu Bapa

Berikut doa untuk ibu bapa dalam arab, rumi beserta maksudnya.

لَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Bacaan Rumi : Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama robbayani soghiro’

Maksudnya : Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.

Doa untuk ibu bapa

Ibu bapa kita telah melakukan banyak jasa dan pengorbanan.Doa ini adalah cara untuk mengakui dan menghargai segala usaha mereka. Melalui doa untuk ibu bapa ini, kita juga dapat memperkuat hubungan kita dengan mereka dan dengan Allah SWT.

Adab Ketika Bedoa

  1. Menghadap ke arah kiblat
  2. Mengangkat tangan
  3. Niat yang ikhlas – Niatkan doa untuk ibu bapa dengan tulus dan ikhlas, semata-mata mencari keredhaan Allah.
  4. Berdoa dengan Penuh Penghormatan – Sampaikan doa dengan penuh rasa hormat dan kesyukuran terhadap jasa-jasa ibu bapa.
  5. Berdoa tanpa tergesa-gesa

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda yang membaca. Semoga doa kita untuk ibu bapa sentiasa diterima oleh Allah SWT.

Leave a Comment