Air zam-zam ialah air suci yang sangat berharga kerana mengandungi pelbagai kelebihan dan manfaat. Ia juga mempunyai sejarah yang unik dan penuh makna. Air ini hanya boleh didapati dari telaga zam-zam yang terletak di dalam Masjidil Haram, di Mekah, Arab Saudi.
Di kawasan sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tersedia banyak tempat yang membekalkan air zam-zam secara percuma untuk para jemaah.
Doa Minum Air Zam-Zam
Doa air zam-zam merujuk kepada doa yang dibaca ketika meminum air Zamzam kerana air ini memiliki keistimewaan dan keberkatan.
Sebelum minum air zam-zam, disarankan untuk membaca doa seperti berikut:
Doa Pertama
Maksudnya : Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Ya Allah aku mohon kepada-Mu ilmu pengeta-huan yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit.
Maksudnya : Wahai Tuhanku, sungguh telah sampai padaku hadis dari Nabi-Mu, ia bersabda, โAir zamzam bermanfaat sesuai tujuan diminumnya.
Kelebihan Air Zam-Zam
Berikut ialah beberapa kelebihan air Zam-Zam:
1. Penawar kepada pelbagai penyakit
- Air zam-zam dikatakan mempunyai sifat penyembuhan dan menjadi penawar semula jadi bagi pelbagai jenis penyakit, dengan izin Allah.
2. Mengenyangkan dan memberi tenaga
- Ia dikenali sebagai makanan rohani, dan boleh mengenyangkan tanpa memerlukan makanan lain.
3. Tidak pernah kering
- Telaga zam-zam tidak pernah kering walaupun berjuta-juta orang mengambil airnya setiap tahun.
4. Mengikut niat orang yang meminumnya
- Air Zamzam itu menurut apa yang diniatkan ketika meminumnya.