Hutang ialah tanggungjawab seseorang untuk membayar semula apa yang telah dipinjam, sama ada dalam bentuk wang, barangan atau perkhidmatan, kepada pihak tertentu dalam tempoh yang ditetapkan. Ia bukan sekadar urusan pinjam-meminjam, tetapi satu beban yang sering membelenggu fikiran.
Dalam Islam, hutang dipandang sangat serius dan menjadi amanah yang wajib dilunaskan oleh setiap individu.
Doa Bebas Hutang
Doa bebas hutang merujuk kepada doa yang dipanjatkan kepada Allah SWT dengan tujuan untuk memohon pertolongan agar:
- Dibebaskan daripada beban hutang
- Dimurahkan rezeki
- Dipermudahkan untuk melangsaikan hutang
- Dilindungi daripada tekanan kewangan dan manusia
Doa 1
Doa 2
Hutang merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilunaskan. Ia boleh menjadi keperluan dalam kehidupan, tetapi perlu diurus dengan bijak agar tidak membebankan diri. Dalam Islam, hutang adalah amanah yang besar dan memberi kesan bukan sahaja di dunia, malah di akhirat. Oleh itu, setiap individu harus berusaha mengelakkan hutang yang tidak perlu, melunaskan hutang tepat pada masanya, dan sentiasa memohon pertolongan Allah agar dipermudahkan segala urusan berkaitan hutang.