Maksud Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
Taqabbalallahu minna wa minkum (تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنكُم) ialah ucapan dalam bahasa Arab yang sering digunakan oleh umat Islam, khususnya semasa atau selepas Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Maksud “Taqabbalallahu minna wa minkum” ialah: “Semoga Allah menerima (amalan) daripada kami dan (juga) daripada kamu.”
- “Taqabbalallahu” bermaksud Semoga Allah menerima.
- “Minna” = daripada kami.
- “Wa minkum” = dan daripada kamu.
Ucapan ini merupakan doa dan harapan agar segala amalan ibadah kita serta ibadah orang yang kita tujukan ucapan ini diterima oleh Allah SWT.
Cara Jawab & Contohnya
1. Ucapan ‘Taqabbalallahu minna wa minkum’ boleh dibalas dengan ucapan yang sama.
Contohnya:
A: Selamat Hari Raya! Taqabbalallahu minna wa minkum.
B: Selamat Hari Raya juga! Taqabbalallahu minna wa minkum. Moga Allah terima amalan kita bersama.
2. Selain membalas dengan ucapan yang sama, anda juga boleh menjawabnya dengan ucapan Jazakallahu Khairan, yang bermaksud ‘Semoga Allah membalas anda dengan kebaikan’.
Ucapan “Taqabbalallahu minna wa minkum” merupakan satu doa yang pendek tetapi sarat makna. Ia mengandungi permohonan agar Allah menerima ibadah kita, menunjukkan kasih sayang dan semangat ukhuwah sesama Muslim.