Selain doa dan wirid harian yang biasa, kita juga boleh mengamalkan satu doa yang bermanfaat dalam kehidupan sehari-hari, iaitu Doa Rabitah.
Apa Itu Doa Rabitah?
Dalam bahasa Arab, “rabitah” mempunyai beberapa makna bergantung kepada konteksnya. Secara umum, ia bermaksud “hubungan” atau “ikatan”.
Doa rabitah umumnya adalah doa yang dipanjatkan untuk memohon agar hubungan yang dibina baik itu hubungan dengan sesama manusia, keluarga, atau dengan Allah SWT sentiasa dipelihara dan diberkati.
Doa rabitah adalah sebahagian daripada Al-Mathurat iaitu risalah himpunan zikir oleh Imam Hasan Al-Banna.
Teks Bacaan Doa Rabitah
اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ , قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ
وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ
وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ
فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا
وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا
وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ, وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ
وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ
إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ
Rumi :
Allahumma innaka ta’lamu anna hadzihil qulub, qadijtama-at ‘alaa mahabbatik.
Wal taqat ‘alaa tha’atik, wa tawahhadat ‘alaa da’watik
Wa ta ‘ahadat ‘ala nashrati syari’atik
Fa watsiqillahumma rabithataha, wa adim wuddaha, wah dihaa subulahaa
Wamla’haa binuurikal ladzi laa yakhbu
Wasy-syrah shuduroha bi faidil imaanibik wa jamiilit tawakkuli ‘alaik
Wa ahyiha bi ma’rifatik, wa amitha ‘alaa syahaadati fii sabiilik
Innaka ni’mal maula wa ni’man nasir.
Maksudnya :
“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui hati kami. Kami telah berkumpul karena cinta-Mu, dan berjumpa dalam ketaatan pada-Mu, dan bersatu dalam dakwah-Mu, dan berpadu dalam membela syariat-Mu. Maka Ya Allah, kuatkanlah ikatannya, kekalkanlah cintanya, tunjukkanlah jalannya, penuhilah ia dengan cahaya yang tiada redup, dan lapangkanlah dada-dada dengan iman yang berlimpah kepada-Mu. Serta indahnya takwa kepada-Mu, dan hidupkan ia dengan ma’rifat-Mu, dan matikan ia dalam syahid di jalan-Mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.”