Doa Pembuka 12 Pintu Rezeki dan Segala Kebaikan

By mukmin

Doa 12 Pembuka Pintu merupakan kumpulan doa yang diamalkan untuk memohon agar Allah SWT membuka pelbagai pintu rezeki dalam kehidupan seseoran. Ia bukan hanya dalam bentuk wang atau harta, tetapi juga dalam bentuk kesihatan, ketenangan jiwa, kebaikan, keberkatan, kemudahan dalam hidup dan sebagainya.

Berikut doa pembuka 12 pintu:

Doa pembuka 12 pintu
Allahummaftahli abwabal khoiri wa abwassalamati wa abwasihati wa abwabanni’mati wa abwal barokati wa abwabal quwwati wa abwabal mawaddati wa abwabarrohmati wa abwabal rizqi wa abwabal ‘ilmi wa abwabal maghfiroti wa abwabal jannati ya arhamarrohimin

Maksudnya : Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Tujuan Doa

  • Memohon kebaikan yang menyeluruh dalam hidup.
  • Mengingatkan kita bahawa segala urusan dunia dan akhirat bergantung pada izin dan rahmat Allah.
  • Melatih diri agar sentiasa bergantung harap kepada Allah dalam setiap aspek kehidupan.
  • Sesuai diamalkan setiap hari dan selepas solat atau ketika menghadapi ujian hidup.

Kelebihan Membaca Doa Ini

  • Menjadi pengingat diri bahawa segala nikmat dan pertolongan datang dari Allah.
  • Menanam sifat tawakal dan syukur.
  • Menjadi rutin doa harian yang penuh makna.
  • Membentuk pemikiran positif dan harapan yang baik kepada Allah.

Leave a Comment