Dalam Islam, terdapat dua hari raya utama iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.
Dan seperti yang kita tahu, kemuncak perayaan Hari Raya ialah apabila kita melaksanakan Solat Sunat Hari Raya di pagi hari.
Solat sunat hari raya adalah sunat muakkad yang bermaksud solat sunat yang sangat dituntut untuk dilaksanakan. Solat ini dijalankan secara berjemaah dan menjadi simbol keagamaan dalam Islam.
Waktu Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri
Waktu untuk solat sunat raya Aidilfitri adalah mulai dari terbit matahari, kira-kira jam 8.00 pagi sehingga sebelum waktu solat Zohor.
Niat Solat Sunat Aidilfitri
Berikut adalah niat solat sunat aidilfitri yang boleh anda jadikan panduan.
1. Niat Solat Sunat Aidilfitri (Imam)
Rumi : Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini imaman Lillahi Taala
Maksudnya : Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai imam kerana Allah Taala.
2. Niat Solat Sunat Aidilfitri (Makmum)
Rumi : Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini Makmuman Lillahi Taala
Maksudnya : Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
3. Niat Solat Sunat Aidilfitri Bersendirian
Rumi : Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini Adaan Lillahi Taala
Maksudnya : Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat tunai kerana Allah Taala.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri
Cara melaksanakan Solat Sunat AidilFitri sama seperti solat-solat sunat dua rakaat yang lain. Satu-satunya perbezaan ialah terdapat takbir tambahan sebanyak 7 kali dalam rakaat pertama dan 5 kali tambahan takbir dalam rakaat kedua.
Rakaat Pertama
- Dimulakan dengan Takbiratul Ihram dengan menyebut “Allahuakhbar” berserta niat solat dalam hati.
- Baca doa iftitah
- Lakukan Takbir Tambahan Sebanyak 7 Kali Untuk Rakaat Pertama
- Seterusnya, membaca Surah Al-Fatihah
- Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)
- Solat Diteruskan Dengan Rukuk Dan Sujud Sehingga Selesai Rakaat Pertama
Rakaat Kedua
- Rakaat Kedua Dimulai Dengan Lafaz Takbir Intiqalat
- Pada Rakaat Kedua Juga Dilakukan Takbir Tambahan
- Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diikuti oleh dengan bacaan tasbih.
- Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim
- Bertakbirlah sebanyak lima kali yang diikuti oleh dengan bacaan tasbih.
- Baca Surah Al-Fatihah
- Bacalah surah daripada surah al-Quran seperti Surah Al-Ikhlas (atau apa-apa surah yang lain).
- Solat diteruskan dengan Rukuk, Sujud dan Tahiyyat Akhir.
- Memberi salam
Doa Solat Sunat Aidilfitri
Tidak ada doa tertentu untuk Solat Sunat Aidilfitri. Anda boleh membaca doa solat biasa yang selalu anda amalkan.
Contoh doa yang boleh anda baca adalah seperti berikut: