Dalam melaksanakan solat, amat penting bagi kita memahami rukun-rukun solat agar ibadah solat yang kita lakukan dianggap sah. Jika kita sengaja meninggalkan salah satu rukun solat, solat tersebut akan terbatal. Bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir merupakan sebahagian daripada rukun solat yang perlu diperhatikan.
Dengan itu, sebaiknya kita melaksanakannya dengan penuh kesempurnaan, mengucapkan bacaan ini dengan memperhatikan makhraj dan tajwid yang betul.
Untuk mereka yang baru belajar, inilah bacaan tahiyat awal dan tahiyat akhir dalam arab, rumi berserta maksudnya.
Bacaan Tahiyat Awal
Rumi : Attahiyyaatul Mubaarakaatush solaawaatuth thayyibayu lillaah, Assalaamuโalaika Ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh, Assalaamuโalaina waโalaa โibaadillaahish shoolihiin. Asyhadu allaa ilaaha illallaah, Waasyhadu anna Muhammadan Rasuulullaah. AllahHumma Solli โalaa Sayyidina Muhammad.
Maksudnya :
Segala penghormatan yang berkat dan mulia adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan Rahmat Allah serta keberkatanNya.
Sejahtera keatas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada tuhan Melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu pesururuh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Bacaan Tahiyat Akhir
Rumi : Attahiyatul Mubarakatush Solawatuth Thayyibatu Lillah. Assalamuโalaika Ayyuhan Nabiyyu Warahmatullahi Wabarakatuh. Assalamuโalayna Wa โalaa โibadillahis Solihin. Asyahadu Allaa Ilaha Illallah. Wa โasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma Solli โalaa Muhammad Wa โalaa Ali Muhammad. Kama Sollayta โala Ibrahim Wa โalaa Ali Ibrahim. Wabarik โalaa Muhammad Wa โalaa Ali Muhammad. Kama Barakta โalaa Ibrahim Wa โalaa Ali Ibrahim Fil โalamin Innaka Hamidum-Majid.
Maksudnya :
Segala kehormatan, keberkatan, segala doa (solat) dan kebaikan untuk Allah, keselamatan, rahmat Allah dan berkatNya tetap kepadamu ya Nabi.
Keselamatan mudah-mudahan tetap kepada kami dan hamba-hamba Allah yang soleh. Aku mengaku tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dan aku mengaku Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah.
Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.
Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.