Puasa Sunat Arafah : Niat Dan Kelebihannya

By mukmin

Hari Arafah merupakan salah satu hari yang paling mulia dalam kalendar Islam. Ia jatuh pada 9 Zulhijjah, sehari sebelum Hari Raya Aidiladha.

Para jemaah haji berkumpul di Padang Arafah hari ini untuk melaksanakan rukun haji yang dikenal sebagai wukuf di Arafah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan haji, berpuasa pada hari Arafah sangat digalakkan. Amalan ini sangat dianjurkan kerana berpuasa pada hari Arafah dapat menghapuskan dosa-dosa yang lalu dan yang akan datang serta mendatangkan pahala yang besar.

Niat Puasa Sunat Arafah

Berikut lafaz niat puasa sunat arafah:

Puasa Sunat Arafah
 Nawaitu Shauma Arafata Sunnatan Lillahi Ta’ala 
Maksudnya : Aku berniat puasa sunat Arafah kerana Allah Taala

Kelebihan Puasa Sunat Arafah

Terdapat beberapa kebaikan yang kita perolehi apabila berpuasa sunat pada Hari Arafah. Antaranya adalah:

  • Puasa Arafah adalah cara/jalan yang Allah SWT berikan kepada umat Islam untuk mendapatkan pengampunan yang besar.
  • Peluang bagi mereka yang tidak berkesempatan melakukan ibadat haji supaya mereka merebut fadilat yang dijanjikan pada hari Arafah.
  • Tarikh 9 Zulhijjah adalah termasuk dalam 10 hari terawal di bulan Zulhijjah dan sepanjang tempoh ini, segala amalan kebaikan yang dilakukan akan diberi ganjaran yang lebih besar berbanding pada bulan yang lain.
  • Digalakkan juga perbanyakkan doa menurut riwayat Imam Malik, Rasulullah bersabda : “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah”.
Niat dan kelebihan puasa arafah

Hari Arafah memang sangat istimewa dalam Islam. Amalan-amalan seperti puasa sunat dan berdoa sangat dianjurkan pada hari ini.

Jadi, mari manfaatkan Hari Arafah ini dengan sebaik-baiknya. Amalkan puasa sunat dan luangkan masa untuk berdoa, tidak kira di mana kita berada. Semoga Allah menerima amalan kita dan memberkati kita semua.

Leave a Comment