Waqaf dari segi bahasa merujuk kepada tindakan menahan atau berhenti. Manakala dari segi istilah, waqaf bermaksud menghentikan sementara bacaan Al-Quran untuk bernafas, dengan niat untuk melanjutkan bacaan selepas itu.
Sebagai seorang Muslim, memahami tanda-tanda waqaf dalam Al-Quran adalah penting untuk membaca dan memahami ayat-ayat dengan betul. Tanda waqaf membantu kita berhenti dan menyambung bacaan dengan cara yang betul agar makna ayat tidak berubah.
Selain daripada berhenti (waqaf), terdapat juga yang dinamakan wasal. Wasal bermaksud meneruskan bacaan atau bersambung.
Apabila anda membaca Al-Quran dan bertemu dengan tanda wasal, anda boleh meneruskan dengan membaca ayat seterusnya.
Tanda-Tanda Waqaf
Berikut tanda-tanda wakaf dalam Al-Quran yang perlu diketahui:
- Tanda sin (ย ุณย ) atau perkataan Saktah (ย ุณูุชุฉย ) menandakan berhenti seketika tanpa mengambil nafas. Dalam kata lain, pembaca haruslah berhenti seketika tanpa mengambil nafas baru untuk meneruskan ayat.