Doa Minum Air Zam-Zam & Kelebihannya

By mukmin

Air zam-zam ialah air suci yang sangat berharga kerana mengandungi pelbagai kelebihan dan manfaat. Ia juga mempunyai sejarah yang unik dan penuh makna. Air ini hanya boleh didapati dari telaga zam-zam yang terletak di dalam Masjidil Haram, di Mekah, Arab Saudi.

Di kawasan sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tersedia banyak tempat yang membekalkan air zam-zam secara percuma untuk para jemaah.

Doa Minum Air Zam-Zam

Doa air zam-zam merujuk kepada doa yang dibaca ketika meminum air Zamzam kerana air ini memiliki keistimewaan dan keberkatan.

Sebelum minum air zam-zam, disarankan untuk membaca doa seperti berikut:

Doa Pertama

 Bismillahir-rahmanirrahim Allahumma Inni As-aluka ‘Ilman Naafia Wa Rizqan Waasia Wa Syifa-an Min Kulli Daak 

Maksudnya : Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Ya Allah aku mohon kepada-Mu ilmu pengeta-huan yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit.

 Allāhumma Innahū Qad Balaghanī ‘An Nabiyyika Annahū Qāla, ‘Mā’u Zamzama Li Mā Syuriba Lah,’ Wa Anā Asyrabuhū Li Sa‘Ādatid Duniyā Wal Ākhirah. Allāhumma Faf‘Al. 

Maksudnya : Wahai Tuhanku, sungguh telah sampai padaku hadis dari Nabi-Mu, ia bersabda, ‘Air zamzam bermanfaat sesuai tujuan diminumnya.

Kelebihan Air Zam-Zam

Berikut ialah beberapa kelebihan air Zam-Zam:

1. Penawar kepada pelbagai penyakit

  • Air zam-zam dikatakan mempunyai sifat penyembuhan dan menjadi penawar semula jadi bagi pelbagai jenis penyakit, dengan izin Allah.

2. Mengenyangkan dan memberi tenaga

  • Ia dikenali sebagai makanan rohani, dan boleh mengenyangkan tanpa memerlukan makanan lain.

3. Tidak pernah kering

  • Telaga zam-zam tidak pernah kering walaupun berjuta-juta orang mengambil airnya setiap tahun.

4. Mengikut niat orang yang meminumnya

  • Air Zamzam itu menurut apa yang diniatkan ketika meminumnya.

Leave a Comment