Surah Yasin ayat 9 adalah antara ayat Al-Quran yang kerap diamalkan sebagai pelindung diri daripada bahaya serta kejahatan manusia. Dalam ayat ini, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia meletakkan sekatan di hadapan dan di belakang musuh Rasulullah SAW, lalu menutup penglihatan mereka sehingga mereka tidak dapat melihat. Ayat ini secara simbolik menggambarkan keagungan kuasa Allah dalam melindungi hamba-Nya, menjadikan musuh tidak berdaya untuk melihat, menjejaki, atau mencederakan mereka. Oleh itu, ayat ini sering dibaca sebagai doa perlindungan untuk mengelakkan diri daripada gangguan, fitnah, atau niat jahat manusia dengan izin Allah SWT.
Surah Yasin Ayat 9
Berikut ialah surah yasin ayat 9 dalam tulisan Arab, rumi, dan maksud dalam Bahasa Melayu:

وَجَعَلْنَا مِنْۢ بَيْنِ اَيْدِيْهِمْ سَدًّا وَّمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَاَغْشَيْنٰهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُوْنَ ٩
Rumi: wa ja‘alnâ mim baini aidîhim saddaw wa min khalfihim saddan fa aghsyainâhum fa hum lâ yubshirûn
Maksudnya: “Dan Kami jadikan di hadapan mereka dinding (penghalang) dan di belakang mereka dinding (penghalang), lalu Kami tutup (mata hati) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.”



