Doa Khatam Al-Quran : Teks Doa, Rumi & Maksudnya

By mukmin

Sebagai seorang Muslim, al-Quran merupakan panduan utama dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Ia menjadi rujukan dalam setiap aspek kehidupan, bermula dari saat kita bangun tidur hingga kembali tidur, dan meliputi seluruh kehidupan kita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Apabila selesai membaca 30 juzuk Al-Quran, kita digalakkan membaca doa khatam Al-Quran sebagai tanda kesyukuran. Doa ini bertujuan memohon agar bacaan yang telah disempurnakan membawa kebaikan dan keberkatan dalam hidup kita.

Doa Khatam Quran Ringkas

Tujuan membaca doa Khatam al-Quran adalah untuk menzahirkan rasa syukur dan memohon keberkatan setelah selesai membaca keseluruhan al-Quran. Berikut doa ringkas khatam Al-Quran:

Doa ringkas khatam Al-Quran

Rumi : ALLAAHUMMARHAMNAA BIL QUR’AANI. WAJ’ALHU LANAA IMAAMAN WA NUURAN WA HUDAN WA ROHMAH. ALLAAHUMMA DZAKKIRNAA MINHU MAA NUSIINAA WA ‘ALLIMNAA MINHU MAA JAHILNAA. WARZUQNII TILAA WATAHU AANAA-AL LAILI WA ATHROOFAN NAHAAR. WAJ’ALHU LANAA HUJJATAN YAA RABBAL ‘AALAMIIN.

Maksudnya : Ya Allah rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami. Ya Allah ingatkanlah kami daripadanya apa yang telah kami dilupakan, dan ajarkan kami darinya apa yang kami jahil serta rezekikanlah kami untuk membacanya siang dan malam, dan jadikanlah ia sebagai hujah kepada kami wahai Tuhan sekalian alam.

Doa Lengkap Khatam Al-Quran

Doa khatam al-quran
Doa khatam al-quran
Doa khatam al-quran

Rumi :

Bismillāhir-Raḥmānir-Raḥīm

Al-Ḥamdu Lillāhi Rabbil-‘Ālamīn. Ḥamdan Shākirīn. Wal-‘Āqibatu Lil-Muttaqīn. Waṣ-Ṣalātu Was-Salāmu ‘Alā Rasūlinā Muḥammad Wa Ālihi Wa Ṣaḥbihi Ajma’īn.

Allāhumma Rabbanā Taqabbal Minnā Innaka Anta As-Samī’ul-‘Alīm. Wa Tub ‘Alaynā Innaka Anta At-Tawwāb Ar-Raḥīm. Wahdinā Wa Waffiqnā Ilā Al-Ḥaqqi Wa Ilā Ṣirāṭin Mustaqīm. Bi-Barakatil Qur’ānil ‘Aẓīm.

Allāhumma Arḥamnā Bil-Qur’ān. Wa-J‘Alhu Lanā Imāmaw Wa Nūraw Wa Hudaw Wa Raḥmah. Allāhumma Dzakkirnā Minhu Mā Nusīyna. Wa ‘Allimnā Minhu Mā Jahilnā. Wa Rzuqnā Tilāwatahu Ānā’a Al-Layli Wa Aṭrāfan-Nahār. Wa J‘Alhu Lanā Hujjatan Yā Rabbal-‘Ālamīn.

Allāhumma Zayyinnā Bi-ZīnatiL Qur’ān. Wa Akrimnā Bi-KarāmatiL Qur’ān. Wa Sharifnā Bi-SharāfatiL Qur’ān. Wa Albissnā Bi-Khil’atiL Qur’ān. Wa Adkhilnā Al-Jannata Bi-Shafā’atil Qur’ān. Wa ‘Āfinā Min Kulli Balā’i Ad-Dunyā Wa ‘Adhābi Al-Ākhirati Bi-Ḥurmatil-Qur’ān.

AllāhummaJ‘Alil-Qur’āna Lanā Fid-Dunyā Qarīnan Wa Fil-Qabri Mūnisa. Wa Fil-Qiyāmati Shafī‘An Wa ‘Ala-Ṣirāti Nūran. Wa Ilā Al-Jannati Rafīqan Wa Mina-Nāri Sitran Wa Ḥijāban. Wa Ilā Al-Khayrāti Kullihā Dalīlan Wa Imāman. Bi-Faḍlika Wa Jūdika Wa Karāmika Yā Karīm.

Allāhummahdinā Bi-Hidāyatil Qur’ān. Wa Najjinā Minan-Nirān Bi-Karāmatil Qur’ān. Warfa‘ Darajātinā Bi-FaḍīlatiL Qur’ān. Wa Kaffir ‘Annā Sayyi’ātinā Bi-Tilāwatil Qur’ān. Yā Dzal-Faḍli Wa Al-Iḥsān.

Rabbana Ātinā Fid-Dunyā Ḥasanatan Wa Fil Ākhirati Ḥasanatan Wa Qinā ‘Adzāban-Nār. Wa Ṣallallāhu ‘Alā Sayyidinā Muḥammad Wa ‘Alā Ālihi Wa Ṣaḥbihi Wa Sallam.

Subḥāna Rabbika Rabbil ‘Izzati ‘Ammā Yaṣifūn. Wa Salāmun ‘Alal Mursalin. Walḥamdu Lillāhi Rabbil ‘Ālamīn.

Maksud doa :

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. Dan selawat dan salam ke atas rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkau-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Mengasihi. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat al-Quran.

Ya Allah, kurniakanlah kami keberkatan dengan al-Quran dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pelihara sekalian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan al-Quran, muliakan kami dengan kemuliaan al-Quran, dan serikan kami dengan pakaian martabat al-Quran, dan masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat al-Quran, selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab akhirat dengan berkat kehormatan al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai kawan yang mesra dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pelindung dari api neraka, dan jadikanlah al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi al-Quran dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai hujjah untuk kami. Wahai Tuhan pelihara sekalian alam.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk al-Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan al-Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan sebab kelebihan al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca al-Quran, ya Allah, Tuhan Yang Empunya segala macam kelebihan dan ehsan.

Wahai Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka. Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.

Leave a Comment