Surah Al-Mu’minun, surah ke-23 dalam susunan al-Quran, terletak di juz ke-18. Surah Al-Mu’minun dinamakan sempena sifat-sifat orang mukmin. Ia merujuk kepada orang mukmin yang bahagia dan berjaya, di mana tujuh sifat utama mereka dijelaskan dalam ayat 1 hingga 11.
Berikut potongan ayat surah Al-Mukminun ayat 1-11 beserta maksudnya.

Surah Al-Mukminun Ayat 1-11 | |
Potongan Ayat | Maksud |
Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. | |
Iaitu mereka yang khusyuk dalam solat. | |
Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan & perkataan yang sia-sia. | |
Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu. | |
Dan mereka yang menjaga kehormatannya. | |
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. | |
Kemudian, siapa yang mengingini selain daripada yang demikian, maka merekalah orang yang melampaui batas. | |
Dan mereka yang menjaga amanah & janjinya. | |
Dan mereka yang tetap memelihara solatnya. | |
Mereka itulah orang yang berhak mewarisi. | |
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya. |