Solat Sunat Wuduk ialah solat yang dikerjakan sebaik sahaja selesai mengambil wuduk, ketika anggota wuduk masih basah. Solat sunat ini dilakukan selepas berdoa dan dikenali juga sebagai Solat Syukur Wuduk.
Solat Sunat Wuduk tergolong dalam kategori Sunat Muakkad, iaitu sunat yang sangat digalakkan. Solat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, sama ada pada waktu siang atau malam, termasuk pada waktu-waktu yang diharamkan.
Solat ini mendatangkan banyak kelebihan dan ganjaran, serta sangat digalakkan untuk diamalkan secara berkala.
Doa Selepas Wuduk
Niat Solat Sunat Wuduk
Berikut lafaz niat solat sunat wuduk.
Maksudnya : Sahaja aku solat sunat wuduk dua rakaat kerana Allah Taala.
Cara Mengerjakaannya
Berikut adalah langkah demi langkah cara mengerjakan Solat Sunat Wuduk:
RAKAAT PERTAMA
- Solatย dimulakan dengan takbiratul ihram (Semasa mengangkat takbir, bacakan niat Solat Sunat Wuduk di dalam hati)
- Membaca doa iftitah
- Baca Al-Fatihah
- kemudian bacalah surah Al-Kafirun atau mana-mana surah pilihan dakam Al-Quran
- Rukuk
- Kemudian, bangun iktidal
- Selepas iktidal, teruskan dengan melakukan sujud
- Duduk diantara dua sujud. Seterusnya lakukan sujud kedua
- Duduk istirahat seketika sebelum bangun untuk rakaat kedua
RAKAAT KEDUA
- Rakaat kedua dimulai dengan takbir intiqalat
- Baca surah Al-Fatihah
- Seterusnya membaca surah Al-Ikhlas
- Selesai membaca surah teruskan dengan rukuk
- Kemudian bangun iktidal
- Selepas iktidal, teruskan dengan melakukan sujud
- Kemudian duduk diantara dua sujud
- Kemudian lakukan sujud kedua
- Bangun daripada sujud baca tahiyat akhir
- Selesai baca tahiyat akhiri dengan salam.