Solat Sunat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam sebagai penutup kepada solat-solat malam. Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan amat digalakkan untuk dilaksanakan.
Perkataan “witir” bermaksud ganjil, kerana solat ini dilakukan dalam bilangan rakaat ganjil โ contohnya 1, 3, 5, 7 dan seterusnya.
Waktu Solat Witir
Solat ini boleh dilakukan dalam tempoh waktu yang panjang, iaitu bermula selepas solat Isyak hingga sebelum masuk waktu Subuh. Oleh itu, seseorang boleh memilih untuk menunaikan solat Witir sama ada pada awal malam, pertengahan malam, atau akhir malam, bergantung kepada keadaan dan kemampuan masing-masing.
Lafaz Niat Solat Sunat Witir
Niat adalah salah satu syarat sah solat yang sangat penting. Ia merupakan ungkapan hati yang mencerminkan keazaman dan keikhlasan seseorang untuk menunaikan ibadah semata-mata kerana Allah SWT. Begitu juga dalam pelaksanaan Solat Sunat Witir.
Lafaz Niat Witir 2 Rakaat :
ุฃูุตููููู ุณููููุฉู ุงูููุชูุฑู ุฑูููุนูุชููููู ููููููู ุชูุนูุงููู
Rumi : Uแนฃollฤซ Sunnatal-Witri Rakโataini Lillฤhi Taโฤlฤ
Maksudnya : Sahaja aku sembahyang sunat witir 2 rakaat kerana Allah Taala.
Lafaz Niat Witir 1 Rakaat :
ุฃูุตููููู ุณููููุฉู ุงููููุชูุฑู ุฑูููุนูุฉู ููููููู ุชูุนูุงููู
Rumi : Usolli Sunnatan Witrin rakaatan Lillahi Taโala
Maksudnya : Sahaja aku sembahyang sunat Witir satu rakaat kerana Allah Taala.
Cara Solat Sunat Witir
Secara ringkas, berikut adalah cara mudah menunaikan solat sunat witir 3 rakaat:
Kaifiat Solat Sunat Witir Dua Rakaat Pertama
Dilakukan 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)
Solat Witir dilakukan dalam jumlah rakaat ganjil, dengan setiap dua rakaat disudahi dengan satu salam, kemudian diakhiri dengan satu rakaat tambahan yang juga diakhiri dengan salam.
- Rakaat pertama โ surah Al-Aโla
- Rakaat kedua โ surah Al-Kafirunn
Kaifiat Solat Sunat Witir Satu Rakaat Akhir
Selepas selesai melaksanakan dua rakaat pertama dengan satu salam, hendaklah ditambah satu rakaat dihujungnya dengan satu salam.
- Rakaat ketiga โ surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas
Doa Solat Witir
Berikut doa solat sunat witir.